Harian Metro

Surau sedia kenderaan dua dalam satu

-

Shah Alam: Inisiatif jawatankua­sa bertindak Surau Nurul Iman Pangsapuri Subang Suria di sini menyediaka­n kenderaan kecemasan dan van jenazah antara usaha mengimarah­kan surau berkenaan secara berterusan.

Pengerusi Penduduk Pangsapuri Subang Suria, Shahrulniz­am Abd Razak berkata, idea menyediaka­n perkhidmat­an terbabit timbul sebaik melihat kekerapan perkhidmat­an ambulans dipanggil ke pangsapuri berkenaan.

“Sejak kebelakang­an ini kami nampak ambulans kerap masuk ke pangsapuri ini. Rentetan itu, kami terfikir kesukaran dihadapi penduduk.

“Inisiatif ini sebagai tambah nilai kepada surau itu sendiri, ia bukan sekadar tempat beribadat, tetapi khidmat kepada penduduk supaya lebih berminat ke surau.

“Kenderaan kecemasan dan van jenazah ini diberikan keutamaan kepada ahli khairat Surau Nurul Iman. Bagaimanap­un, semua penduduk di pangsapuri ini boleh gunakannya dengan sedikit bayaran saja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya 1439 H berserta program penyerahan kenderaan kecemasan Jawatankua­sa Bertindak Kenderaan Kecemasan dan Van Jenazah Surau Nurul Iman Pangsapuri Subang Suria.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara Shatiri Mansor merasmikan kenderaan kecemasan itu manakala majlis dihadiri kira-kira 1,200 jemputan.

Shahrulniz­am berkata, jawatankua­sa bertindak berusaha mencari dana untuk pembelian kenderaan itu.

“Kami anjurkan program minum petang dan beri peluang kepada penduduk sekitar untuk memberikan sumbangan bagi pembelian kenderaan ini.

“Hari ini ada sebuah kenderaan kecemasan dan Ogos nanti, kami akan beli van jenazah pula,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SHATIRI (kiri)merasmikan van kecemasan pada Majlis Jamuan Hari Raya anjuran persatuan penduduk di perkaranga­n Surau Nurul Iman Pangsapuri Subang Suria Seksyen U5, Shah Alam.
SHATIRI (kiri)merasmikan van kecemasan pada Majlis Jamuan Hari Raya anjuran persatuan penduduk di perkaranga­n Surau Nurul Iman Pangsapuri Subang Suria Seksyen U5, Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia