Harian Metro

‘Superman’ 5 sekawan

- Teoh Pei Ying dan Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

Aksi liar menunggang motosikal antaranya dengan gaya ‘Superman’ dipertonto­nkan lima remaja lelaki sebelum ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar pusat bandar ini membabitka­n Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) dan Jalan Kuching, di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 10 malam kelmarin hingga jam 3 pagi semalam, lima penunggang motosikal berusia 15 hingga 20 tahun termasuk tiga pelajar ditahan kerana didapati menunggang secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya DUKE.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mereka yang ditahan didapati berlumba sesama sendiri dengan kelajuan tinggi sambil menunjukka­n aksi bahaya.

“Ketika operasi dijalankan, mereka didapati menunggang motosikal dengan laju sambil melakukan aksi berbahaya sebelum berjaya ditahan anggota polis trafik yang sudah menyerbu lokasi berkenaan.

“Selain itu, mereka turut didapati mengubah suai motosikal dengan menggunaka­n tayar lebih kecil dan nombor pendaftara­n tidak mengikut spesifikas­i ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam. ini.

Zulkefly berkata, dalam operasi sama di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar pula, seramai tiga lelaki berusia 23 hingga 37 tahun ditahan kerana menunggang

 Remaja lagak aksi liar ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan

motosikal curi.

“Semakan rekod mendapati motosikal ditunggang ketiga-tiga lelaki terbabit dilaporkan hilang di Jinjang, di sini, serta Kuang dan Bandar Sunway, Selangor.

“Dalam kedua-dua operasi itu, sebanyak 172 saman dikeluarka­n termasuk saman mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkut­an Jalan 1987 terhadap pesara guru berusia 53 tahun yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson kerana kesalahan menggunaka­n lampu mata arah,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, di sini, untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara bahaya dan Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan atas kesalahan curi kenderaan.

 ??  ?? ANTARA remaja ditahan kerana
melakukan aksi dan menunggang motosikal secara
berbahaya.
ANTARA remaja ditahan kerana melakukan aksi dan menunggang motosikal secara berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia