Harian Metro

Permintaan kereta lebihi stok

-

Pemain industri automotif tempatan mendedahka­n lonjakan permintaan ketika tempoh kadar sifar cukai barang dan perkhidmat­an (GST) yang berakhir September ini atau

dijangka melebihi stok sedia ada dan tidak mampu memenuhi semua tempahan pelanggan.

Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran berkata, setakat Jun, semua tempahan bagi model Toyota dapat diserahkan sehingga akhir Ogos namun pihaknya belum dapat mengesahka­n sama ada perkara itu berlanjuta­n jika tempahan dibuat pada bulan berikutnya.

“Berdasarka­n tempahan semasa, kami dapati stok mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Namun untuk tempoh dua bulan akan datang belum pasti.

“Permintaan untuk semua model terutama

Vios melonjak selepas pengumuman kadar sifar GST. Untuk model Vios, kami dapati tempoh menunggu sehingga

2.5 bulan. Kami akan maklumkan kepada pelanggan ketika membuat tempahan sama ada ia diserahkan sebelum atau selepas pelaksanaa­n cukai jualan dan perkhidmat­an (SST),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Erik Winter berkata, syarikat itu menyaksika­n trend kekurangan stok dengan kemungkina­n besar beberapa model tidak mencukupi untuk memenuhi tempahan pelanggan.

“Pelanggan yang membuat tempahan sekarang akan menerima kenderaan sebelum berakhir Ogos. Buat masa ini, stok cukup untuk memenuhi semua tempahan pelanggan. Jika tempahan terus meningkat dalam tempoh Julai atau Ogos, mungkin kami tidak dapat mencapai tempoh serahan akhir bulan depan,” katanya.

 ??  ?? RAVINDRAN
RAVINDRAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia