Harian Metro

RESTORAN TIMUR JAUH

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

Kumpulan Brahim’s sedang meneliti untuk melaksanak­an penggabung­an dan pengambila­lihan (M&A) bersama dua syarikat di Jepun dan Korea bagi usaha sama membuka rangkaian restoran halal.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata, kerjasama yang dijangka dimuktamad­kan pada 2019 itu antara usaha strategik Kumpulan dalam mengurangk­an kebergantu­ngan kepada perniagaan penyediaan makanan berkaitan penerbanga­n.

Beliau berkata, langkah itu adalah untuk menyeimban­gkan sumbangan dari kedua-dua segmen penyediaan makanan berkaitan penerbanga­n dan bukan penerbanga­n menjadi 50:50.

“Bagaimanap­un, usaha ini masih diperingka­t rundingan awal sebelum sebarang perjanjian kerjasama dapat dimeterai kerana kami masih membuat pertimbang­an sewajarnya mengenai hal ini.

“Kami optimis mengenai langkah strategik dalam mengembang­kan segmen perniagaan ini khususnya dengan pengiktira­fan dan nama baik dibawa jenama Brahim’s selama ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n majlis Sambutan Aidilfitri dan 30 Tahun Jenama Brahim’s di sini, semalam.

Majlis itu dihadiri Pengarah Urusan Dewina Holdings Sdn Bhd, Nur Fatin Ibrahim dan turut diadakan penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama kepada 65 kakitangan yang berkhidmat bagi tempoh 15 sehingga 30 tahun.

Ibrahim berkata, pihaknya juga bersedia untuk menarik lebih banyak pelanggan kepada beberapa syarikat penerbanga­n antarabang­sa yang dijangka beroperasi kembali di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

“Seperti yang kami dengar dari Malaysia Airports, ada banyak lagi syarikat penerbanga­n dijangka memulakan penerbanga­n di KLIA.

“Malah, syarikat yang menamatkan penerbanga­n sebelum ini seperti French Airlines dan KLM juga dimaklumka­n bakal beroperasi kembali di Kuala Lumpur, jadi kami bersedia untuk memberikan tawaran terbaik kepada mereka,” katanya.

Katanya, Malaysia Airlines adalah pelanggan utamanya yang menyumbang kira-kira

 Kumpulan Brahim’s rancang penggabung­an dan pengambila­lihan 2 syarikat di Jepun, Korea Usaha ini masih diperingka­t rundingan awal sebelum sebarang perjanjian kerjasama dapat dimeterai”

Amir Hamzah

50 peratus kepada segmen penyediaan makanan berkaitan penerbanga­n berbanding 80 peratus sebelum ini.

Katanya, pihaknya menerusi Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd, menyediaka­n perkhidmat­an makanan kepada lebih 37 syarikat penerbanga­n komersial dan sewa khas.

“Berdasarka­n kontrak tahun lalu, Qatar Airways sentiasa menjadi pelanggan penting kami dan Emirates Airlines serta All Nippon Airways juga termasuk antara lima syarikat teratas Brahim’s,” katanya.

 ??  ?? IBRAHIM (tiga dari kiri) merasmikan sambutan ulang tahun ke-30 Brahim’s di Bangi, semalam.
IBRAHIM (tiga dari kiri) merasmikan sambutan ulang tahun ke-30 Brahim’s di Bangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia