Harian Metro

MAVCAP perkenal dua dana modal teroka

-

Kuala Lumpur: Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) merancang memperkena­lkan dua lagi dana modal teroka (VC) baru dalam tempoh enam bulan akan datang.

Bagaimanap­un, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Jamaludin Bujang enggan mengulas butiran lanjut kerana masih dalam peringkat perbincang­an untuk merealisas­ikan kewujudan dua dana terbabit.

“Kami harap dapat melancarka­n dua dana menjelang hujung tahun ini dengan kerjasama rakan lain bagi melengkapk­an tujuh dana sedia ada yang dimiliki syarikat pada ketika ini,” katanya.

Beliau berkata, dana sedia ada diwujudkan

MAVCAP dengan kerjasama rakan VC adalah ECM Straits Fund 1, Gobi Fund III, 500 Durians II, Dana Superseed, Dana Inovasi Digital Axiata (ADIF), Dana Pertumbuha­n Meranti Asean dan Dana Teknologi Hijau Asia.

Menurutnya, tujuh dana

tujuh terbabit memiliki nilai modal keseluruha­n berjumlah RM2 bilion dan ia dilaburkan kepada lebih 150 syarikat pemula teknologi tempatan dan serantau.

“Kami melakukan pelaburan kepada pelbagai syarikat yang merentasi keseluruha­n spektrum ekonomi seperti Grab dalam sektor perkhidmat­an e-hailing, Fashion Valet (jenama fesyen atas talian) dan Easy Parcel (pasaran perkhidmat­an kurier atas talian),” katanya.

MAVCAP anak syarikat di bawah Kementeria­n Kewangan (MOF) yang ditubuhkan pada 2001 bertujuan untuk membangunk­an ekosistem teknologi di negara ini melalui pelaburan ke atas syarikat pemula teknologi berpotensi tempatan dan serantau.

Syarikat ini memberi fokus kepada syarikat dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta industri pertumbuha­n tinggi dengan pelaburan secara langsung atau pelaburan secara kerjasama dengan rakan VC.

 ??  ?? JAMALUDIN
JAMALUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia