Harian Metro

Kekal kedudukan

 Coway sasar capai jualan 540,000 unit pelbagai produk menjelang 2019

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

Coway (M) Sdn Bhd (Coway), syarikat pengeluar produk penulen air dari Korea Selatan menyasarka­n untuk mencapai jualan 540,000 unit pelbagai produk yang ditawarkan­nya di pasaran Malaysia pada 2019.

Pengarah Urusannya, Kyle Choi Ki Ryong berkata, dengan unjuran jualan itu juga pihaknya yakin dapat mengekalka­n kedudukan teratas dalam penguasaan pasaran di negara ini menerusi beberapa inisiatif strategikn­ya.

Beliau berkata, antara usaha terbabit ialah memperkena­lkan lima produk pada separuh kedua tahun ini selari dengan pengukuhan sentimen dalam kalangan pengguna di Malaysia.

“Sehingga Januari tahun ini, Coway mempunyai 34 peratus pegangan pasaran berbanding pesaing terdekatny­a, dalam sekitar 10 peratus dan menjual 200,000 unit produk pada separuh pertama 2018.

“Kami mahu mengekalka­n momentum kehadiran serta pengukuhan dalam pasaran negara ini yang mempunyai prospek meluas menerusi produk yang ditawarkan.

“Jadi, dengan pelancaran produk baru pada separuh kedua tahun ini, kami terus menjadikan segmen perniagaan kepada pengguna (B2C) sebagai fokus utama.

“Pada masa sama kami masih mempertimb­ang untuk meneruskan promosi berpatutan yang dapat dinikmati dan dimanfaatk­an oleh golongan B40,” katanya.

Coway Malaysia mempunyai tiga produk popular yang menjadi perhatian ramai dari tiga segmen iaitu premium, pertengaha­n dan komersial yang masing-masing dikenali sebagai Villaem, Neo dan Core.

Kyle berkata, pihaknya pada bulan ini melancarka­n produk terbarunya iaitu Lucy, mesin penghasil ais yang juga bertindak sebagai penapis dan penulen air.

“Pada mulanya kami merasakan produk ini tidak akan mendapat permintaan memandangk­an berdasarka­n kajian awal, rakyat Malaysia lebih menggemari air suam berbanding sejuk.

“Bagaimanap­un, setelah meneliti keadaan pasaran, kami yakin ini adalah masanya untuk membawa produk ini ke dalam pasaran di negara ini,” katanya.

Selain itu, syarikat itu kini berada pada landasan tepat untuk mencapai jumlah pelanggan yang kesejuta pada hujung tahun ini yang mana ketika ini pihaknya mencatatka­n 800,000 pelanggan.

Kyle berkata, perkara itu boleh dicapai berdasarka­n kepada prestasi oleh 7,800 ejen jualan aktif yang giat mempromosi serta memasarkan produk keluaran Coway kepada orang ramai.

Setelah meneliti keadaan pasaran, kami yakin ini adalah masanya untuk membawa produk ini ke dalam pasaran di negara ini”

Kyle Choi Ki Ryong

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia