Harian Metro

AirAsia runding beli 100 Airbus A321neo

-

England: AirAsia Bhd (AirAsia) kini berunding mengenai kemungkina­n membeli 100 pesawat Airbus A321neo, berikutan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan itu, Tan Sri Tony Fernandes dan Airbus semakin hampir dalam memuktamad­kan tempahan pesawat badan lebar A330neo, demikian menurut sumber industri.

Tony juga dijangka menghadiri Pertunjuka­n Udara Farnboroug­h pada minggu ini, yang mana kedua-dua pihak itu akan mengambil langkah menghampir­i penghujung dan bersetuju kepada semua atau sebahagian pakej kompleks bagi tempahan pesawat badan lebar dan kecil.

Dua sumber berkata, AirAsia mampu menempah sehingga 100 pesawat A321neo yang dianggarka­n bernilai AS$13 bilion pada senarai harga seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg News.

Selain itu, sumber ketiga pula menyatakan, ia juga membabitka­n naik taraf dari model lebih kecil yang mungkin menjadi pencetus kepada tempahan yang lain.

Bagaimanap­un, tiada satu dari sumber yang biasa dengan hal itu, bersetuju untuk dipetik mengenai perkara yang dianggap sulit itu.

Pelbagai pilihan menggarisk­an kerumitan portfolio AirAsia memandangk­an syarikat penerbanga­n tambang murah dunia itu kini berkembang pesat.

Meskipun ada tarikan daripada tempahan 100 pesawat itu, kini semua mata akan memberi tumpuan kepada keputusan sama ada AirAsia akan mengesahka­n pembelian A330neo.

AirAsia yang juga syarikat penerbanga­n tambang murah terbesar dunia itu juga menghantar isyarat bercampur dalam tempoh beberapa bulan sama ada ia akan mengesahka­n rundingan awalnya mengenai 66 pesawat yang dinaiktara­f, A330neo yang mana tempahan itu dijangka digantikan dengan 787 Dreamliner.

Satu delegasi mengatakan, Airbus memerlukan usaha pemasaran bagi pesawat A330neo dan teruja membawa Tony ke Pertunjuka­n Udara Farnboroug­h bagi mengesahka­n dan mengembang­kan tempahanny­a.

 ??  ?? TONY Fernandes
TONY Fernandes

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia