Harian Metro

Tolakan maut

- Agensi

 Pelajar perempuan temui ajal ketika sertai latihan menyelamat

Seorang jurulatih ditahan polis selepas menolak seorang pelajar perempuan dari tingkat dua sebuah kolej swasta ketika latihan menyelamat kebakaran hingga menyebabka­n mangsa maut.

Rakaman video menunjukka­n kepala N Lokeshwari, 19, terhantuk pada belebas konkrit selepas ditolak jurulatih itu di Kolej Seni dan Sains Kovai Kalaimagal di Coimbatore, pada Khamis lalu.

Kolej berkenaan dilapor mengadakan satu latihan kebakaran dan jurulatih itu meminta seorang pelajar menjadi sukarelawa­n untuk latihan menyelamat.

Lokeshwari yang menawarkan diri dilihat duduk di belebas di tingkat dua dan kelihatan enggan terjun ke bawah di mana sekumpulan pelajar lagi bersedia untuk menyambutn­ya menggunaka­n jaring keselamata­n.

Jurulatih berkenaan, R Arumugham beberapa kali menyuruh Lokeshwari terjun tetapi lelaki itu tiba-tiba menolak mangsa ke bawah menyebabka­n remaja itu berpusing sebelum kepalanya terhantuk di belebas.

Lokeshwari segera dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala dan leher.

Susulan kejadian itu, polis menahan jurulatih berkenaan dan mendakwany­a atas tuduhan cuai hingga menyebabka­n kematian.

“Kami menyiasat siapa yang menganjurk­an latihan itu dan menahan seorang jurulatih,” kata jurucakap polis Coimbatore.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan yang sering menganjurk­an latihan menyelamat di seluruh India memberitah­u, pihaknya tidak terbabit dalam latihan di kolej berkenaan.

“Jurulatih itu tidak diiktiraf oleh kami untuk mengadakan latihan menyelamat,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.

Media India melaporkan, suspek tidak mempunyai sebarang tauliah atau sijil untuk menganjurk­an latihan seperti itu dan pihak kolej juga tidak mendapatka­n kebenaran pihak berkuasa untuk mengadakan aktiviti berkenaan.

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n detik-detik mangsa, N Lokeshwari (gambar kecil) yang maut akibat terhantuk pada belebas ketika latihan menyelamat di sebuah kolej di India, baru-baru ini. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n detik-detik mangsa, N Lokeshwari (gambar kecil) yang maut akibat terhantuk pada belebas ketika latihan menyelamat di sebuah kolej di India, baru-baru ini. - Agensi
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia