Harian Metro

Tiga militan maut ditembak

- Agensi Yogyakarta

 Anggota polis lepas tembakan selepas suspek serang guna parang

Polis Indonesia menembak mati tiga suspek militan di Yogyakarta, Jawa Tengah, semalam, selepas militan terbabit cuba menyerang polis dengan parang.

Media Indonesia melaporkan, jurucakap polis Yogyakarta, Yulianto berkata, anggota dari unit anti-pengganas (Densus 88) cuba menahan empat suspek yang menunggang dua motosikal di Jalan Kaliurang, Sleman, kira-kira 30 kilometer dari Yogyakarta.

Bagaimanap­un, empat lelaki itu memberhent­ikan motosikal dan menyerang polis dengan parang.

Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri ke arah kawasan perumahan dan menyerang polis yang mengejar.

“Seorang suspek melaungkan ‘Allahu Akbar’. Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertaha­nkan diri,” katanya.

Di Jakarta, jurucakap polis kebangsaan, Mohammad Iqbal berkata, tiga suspek militan terbunuh manakala suspek keempat berjaya melepaskan diri.

Menurutnya, dua anggota polis juga cedera dalam kejadian itu.

Mohammad berkata, mereka dipercayai anggota pertubuhan Jemaah Ansharut Daulah (JAD), iaitu kumpulan militan Indonesia yang ada kaitan dengan Daesh.

Polis Indonesia mendakwa JAD terbabit dalam beberapa serangan di Indonesia sejak Januari 2016.

Pada 22 Jun lalu, mahkamah Jakarta menjatuhka­n hukuman mati terhadap ulama Aman Abdurrahma­n iaitu pemimpin JAD yang dipenjarak­an selepas mendapati beliau bersalah mengarahka­n militan melakukan serangan.

Antaranya, serangan nekad menyebabka­n lapan terbunuh, termasuk empat lelaki bersenjata di tengah Jakarta pada 14 Januari 2016.

Pendakwa turut mengaitkan beliau dengan serangan nekad yang membunuh tiga polis di sebuah stesen bas di Jakarta, tahun lalu, serta serangan bom petrol yang membunuh budak dua tahun serta tiga lagi kanak-kanak cedera di sebuah gereja di Kalimantan Timur pada November 2016.

Mei lalu, polis memutuskan JAD juga terbabit dalam serangan bom nekad di Surabaya oleh anggota tiga keluarga, termasuk budak perempuan berusia 12 dan sembilan tahun menyebabka­n 27 terbunuh, termasuk 13 suspek.

Kejadian di Sleman semalam, berlaku tiga hari selepas polis menahan empat suspek dalam beberapa serbuan di Yogyakarta.

 ??  ?? POLIS menahan seorang lelaki disyaki militan selepas kejadian tiga suspek militan ditembak mati di Sleman, Yogyakarta, semalam. Antara via Reuters
POLIS menahan seorang lelaki disyaki militan selepas kejadian tiga suspek militan ditembak mati di Sleman, Yogyakarta, semalam. Antara via Reuters
 ??  ?? ANGGOTA polis Indonesia berkawal di lokasi kejadian tiga militan ditembak mati di Sleman, Yogyakarta, semalam. - Antara via Reuters
ANGGOTA polis Indonesia berkawal di lokasi kejadian tiga militan ditembak mati di Sleman, Yogyakarta, semalam. - Antara via Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia