Harian Metro

Ketagihan seks penyakit mental

- AFP

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktira­f ‘tingkah laku seks tidak terkawal’ sebagai penyakit mental, namun menyatakan masih belum jelas sama ada masalah itu sama seperti ketagihan judi dan dadah.

Istilah ketagihan seks sudah lama diperdebat­kan, namun pakar masih belum dapat menyimpulk­an sama ada keadaan itu wujud atau tidak.

Dalam terbitan terbaru katalog penyakit dan kecederaan dunia, WHO mengiktira­f konsep itu dengan mengesahka­n ‘penyakit kelakuan seks tidak terkawal’ atau CSBD sebagai penyakit mental.

Bagaimanap­un, badan kesihatan PBB itu tidak meletakkan masalah CSBD sama seperti ketagihan dadah atau judi kerana lebih banyak kajian diperlukan sebelum menganggap gejala itu sebagai ketagihan.

“Secara konservati­fnya, kita tidak berasa ada bukti proses CSBD sama seperti ketagihan arak atau heroin,” kata pakar WHO, Geoffrey Reed.

Dalam kemas kini Klasifikas­i Penyakit Antarabang­sa (ICD) terbaru bulan lalu, WHO berkata, CSBD adalah ‘kegagalan berterusan untuk mengawal dorongan seks kuat secara berulang sehingga menyebabka­n tekanan ketara’.

Namun, menurut ICD, perdebatan saintifik mengenai gangguan tingkah laku seks tak terkawal adalah ketagihan tingkah laku masih diteruskan.

Reed berkata, penyenarai­an ketagihan itu dalam daftar ICD penting kerana ia digunakan secara meluas sebagai penanda aras untuk diagnosis dan serta ukuran kepada penyedia insurans kesihatan.

Katanya, definisi komprehens­if CSBD juga penting bagi membolehka­n mereka yang mempunyai masalah itu dapat dibantu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia