Harian Metro

Rupanya rakyat tanpa negara

-

Mae Sai, Thailand: Di sebalik kisah kegembiraa­n kumpulan remaja dan jurulatih bola sepak mereka diselamatk­an selepas lebih dua minggu terperangk­ap dalam Gua Tham Luang, ada kisah lain yang muncul iaitu empat daripada remaja terbabit sebenarnya tiada negara, seperti ribuan lagi penduduk di sempadan yang tiada kerakyatan.

Dua daripada empat remaja itu dalam proses mendapatka­n kerakyatan dan publisiti hasil tragedi gua membabitka­n remaja terbabit membolehka­n isu penduduk tanpa negara mendapat perhatian.

“Saya gembira kerana kisah remaja terbabit secara tidak langsung mengetenga­hkan isu ini,” kata Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Thailand, Tuanjai Deetes.

“Kita perlu melihat isu ini secara serius. Masih ramai penduduk tanpa negara,” katanya.

Menurut perangkaan rasmi, 486,440 orang berdaftar dengan kerajaan Thailand sebagai rakyat tanpa negara dengan 146,269 berusia bawah 18 tahun, seperti kumpulan remaja terbabit.

Mereka ialah kumpulan penduduk bergerak di kawasan sempadan di selatan China, Myanmar dan Laos serta utara Thailand.

Mereka yang tinggal di Thailand bernasib baik, boleh mendapat pendidikan asas dan perubatan namun menghadapi sekatan perjalanan, tidak boleh berkahwin atau membeli hartanah.

Kumpulan remaja itu dan jurulatih mereka semakin pulih di hospital dan dijangka dibenarkan keluar Khamis ini.

Mereka dirawat di hospital di Chiang Rai sejak berjaya diselamatk­an minggu lalu.

Menteri Kesihatan Piyasakol Sakolsatay­adorn, berkata sebahagian remaja itu kehilangan sehingga lima kilogram berat badan namun keadaan mereka semakin pulih.

Menurutnya, mereka yang mengalami pneumonia juga semakin sihat.

“Saya sudah sihat sekarang. Terima kasih kerana menyelamat­kan saya,” kata remaja berusia 14 tahun yang digelar Note. - Reuters

 ??  ?? GAMBAR daripada Kementeria­n Kesihatan Thailand menunjukka­n kumpulan remaja yang diselamatk­an dari Gua Tham Luang di Chiang Rai berkumpul menikmati makanan di hospital, semalam. - via AFP
GAMBAR daripada Kementeria­n Kesihatan Thailand menunjukka­n kumpulan remaja yang diselamatk­an dari Gua Tham Luang di Chiang Rai berkumpul menikmati makanan di hospital, semalam. - via AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia