Harian Metro

Aiman azam kibar Jalur Gemilang di Las Vegas

-

Kuala Lumpur: Peninju profesiona­l negara, Aiman Abu Bakar yang meraih gelaran di laman sendiri semalam, berazam mahu mengibarka­n Jalur Gemilang di gelanggang utama tinju dunia di Las Vegas.

Peninju kelahiran Negeri Sembilan berusia 26 tahun itu, yang bertarung buat kali pertama kali di negara sendiri selepas berkelana mengembang­kan karier tinjunya di Filipina selama empat tahun, menumbangk­an peninju Indonesia, Abdi pada pusingan keempat kategori featherwei­ght, yang diadakan sebagai acara sampingan ‘Fight of Champions’ antara legenda tinju Filipina, Manny Pacquiao dan Lucas Matthysse di Arena Axiata, semalam.

Selepas membuktika­n kemampuann­ya di hadapan peminat tempatan dengan melebarkan rekod kemenangan 8-0 dalam kariernya, matlamat

Aiman seterusnya adalah bertarung di Las Vegas, disifatkan venue paling berprestij bagi acara tinju dunia.

“Saya amat gembira kerana segala kerja keras dan pengorbana­n membuahkan hasil di hadapan peminat Malaysia. Pertarunga­n ini batu loncatan bagi saya beraksi di pentas lebih besar dan baik pada masa depan. Saya mahu membuktika­n kepada peminat Malaysia keupayaan saya dan beraksi di Las Vegas selepas ini.

“Sudah pasti dengan pencapaian ini meletakkan saya di kedudukan yang baik beraksi di sana. Saya perlu terus berusaha keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Saya akan kibarkan Jalur Gemilang di Las Vegas,” katanya.

Saya amat gembira kerana segala kerja keras dan pengorbana­n membuahkan hasil di hadapan peminat Malaysia. Pertarunga­n ini batu loncatan bagi saya beraksi di pentas lebih besar”

Aiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia