Harian Metro

‘Jangan lepas peluang Poad!’

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Bekas jaguh pecut olahraga negara Nazmizan Muhammad menyifatka­n tawaran yang diterima jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim sebagai sesuatu yang tidak harus dilepaskan.

Poad dilaporkan mendapat tawaran dari negara jiran bagi mendapatka­n khidmatnya sebagai jurulatih, malah beberapa atlet pecut luar sebelum ini seperti dari Singapura dan Brunei turut meluahkan rasa gembira sekiranya dapat berlatih bersama jurulatih kelahiran Melaka itu.

Namun, bagi Nazmizan beliau berharap Poad yang pernah mendidik Khairul Hafiz Jantan hingga bergelar raja pecut Asia Tenggara bijak membuat keputusan kerana perlu memikirkan beberapa aspek lain sebelum mengambil sebarang keputusan.

Antara yang perlu diberi perhatian adalah kontrak yang ditawarkan serta tugas hakikinya sebagai guru yang terikat dengan Kementeria­n Pendidikan.

“Tidak dinafikan ia satu peluang yang baik. Tapi Poad perlu melihat dari segala sudut kelebihan yang akan diperolehn­ya kerana jika beliau menerima tawaran dari negara luar bermakna beliau mungkin perlu melepaskan jawatan sebagai guru.

“Tapi pada masa sama tawaran itu juga tidak perlu dilepaskan kerana ia satu peluang terbaik apabila negara luar berminat untuk mendapatka­n khidmat jurulatih tempatan.

“Biar apa pun keputusan yang akan dibuat, saya harap Poad tidak akan membuat keputusan terburu-buru,” kata raja pecut Asia Tenggara pada Sukan SEA Vietnam 2003.

Nazmizan yang kini pensyarah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berkata, Poad memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun untuk membentuk pelari terbaik.

 ??  ?? POAD
POAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia