Harian Metro

Tamparan hebat BAM susun pemain

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Lega atau gusar. Mungkin itu yang bermain di fikiran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas berlakunya pengundura­n secara beramai-ramai beberapa pemain senior dan ia akan dijadikan topik perbincang­an hangat pada mesyuarat jawatankua­sa kejurulati­han dan latihan hari ini.

Baru-baru ini bekas pemain perseorang­an wanita negara yang pernah beraksi di Sukan Olimpik, Tee Jing Yi mengumumka­n untuk meninggalk­an badan induk itu. Sebelum itu beberapa pemain beregu lelaki seperti Arif Latif, Azryn Ayub, Lim Khim Wah, Low Juan Shen dan Chooi Kah Ming juga mengambil langkah sama.

Terbaru pasangan Jing Yi dalam aksi beregu wanita, Soong Fie Cho juga dikatakan akan meninggalk­an BAM walaupun dia mempunyai alasan faktor kesihatan terutama mengenai keadaan kedua-dua lututnya yang sebelum ini pernah dibedah.

Ini bermakna BAM berada dalam dua situasi berbeza pada waktu sama, lega bermakna mereka tidak perlu lagi bersusah-payah untuk melakukan penyingkir­an secara beramai-ramai bulan depan, sekali gus memberi ruang luas buat tonggak muda.

Pada masa sama BAM juga berasa gusar kerana beberapa pemain yang mengambil keputusan angkat kaki, mungkin masih ada dalam perancanga­n mereka ataupun setidak-tidaknya menjadi pembimbing kepada pemain muda.

Menurut salah seorang pemain yang sudah meninggalk­an badan induk itu, sebenarnya BAM sebelum ini memaklumka­n kepada pemain untuk menghantar surat peletakan jawatan sebelum mereka menyerahka­n surat untuk menyingkir­kan pemain.

“Mereka (BAM) memberitah­u pemain supaya menghantar surat peletakan jawatan kerana itu lebih baik berbanding, mereka sendiri menyerahka­n surat membuang pemain.

“Semua yang hantar (surat peletakan jawatan) bukan sebab kami hendak keluar. Mereka menyuruh kami meletak jawatan, padahal mereka memang hendak menyingkir­kan kami,” kata bekas pemain itu.

 ??  ?? FIE CHO
FIE CHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia