Harian Metro

Lepas dendam kesumat

-

Wira skuad Bawah 19 tahun (B-19) negara, Nik Akif Syahiran Nik Mat mengakui ‘dendam kesumat’ selepas berdepan situasi getir sejurus tamat aksi separuh akhir menentang Indonesia berbalas selepas berjaya memastikan Kejuaraan Persekutua­n Bolasepak ASEAN (AFF) B-19 buat kali pertama.

Pada aksi final di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, malam kelmarin, Nik Akif menyumbang dua gol manakala Awang Faiz Hazziq Awang Fathi dan Shivan Pillay Asokan masing-masing menghasilk­an satu gol untuk menewaskan Myanmar 4-3.

“Ketika itu, saya hanya ada dua keputusan, sama ada terus sepak ke arah gol atau cari rakan sepasukan.

“Alhamdulil­lah, saya dapat peluang itu dan berjaya menghasilk­an gol kemenangan buat pasukan,” katanya sejurus tiba bersama pasukan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2), semalam.

Pemain yang mewakili skuad Liga Super Kelantan itu mengakui tragedi balingan objek keras oleh penyokong Indonesia turut menjadi azimat buatnya dan rakan sepasukan untuk memastikan kejayaan pada penampilan kali ini.

“Ketika aksi separuh akhir, jurulatih (Bojan Hodak) beritahu supaya buat kerja sendiri tanpa memikirkan

 Wira skuad kongsi pengalaman selepas menewaskan Myanmar di AFF

keadaan sekeliling. Kami tidak boleh hiraukan penyokong tuan rumah.

“Jurulatih mahu kami buang semua perkara itu di belakang dan anggap semua itu sebagai sokongan daripada penyokong sendiri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia