Harian Metro

THREE LIONS BELUM MANTAP

 Kane akui skuad England perlu lebih pendedahan untuk cipta keserasian

-

Kapten England, Harry Kane akur skuad Three Lions masih perlu memperbaik­i pencapaian selepas melangkah ke separuh akhir Piala Dunia, namun tewas 0-2 kepada Belgium dalam penentuan tempat ketiga, malam kelmarin.

Skuad bimbingan Gareth Southgate melangkah ke kelompok empat terbaik dalam tempoh 28 tahun, tetapi tumbang kali kedua kepada Belgium memberikan mereka kekalahan ketiga daripada tujuh perlawanan di Russia.

“Kami semakin hampir (jurang dengan pasukan terbaik). Namun, jika merujuk kepada perlawanan hari ini dan beberapa perlawanan lain, masih ada ruang untuk terus meningkat,” kata Kane.

“Kami sudah memperkata­kan perkara itu sejak sekian lama - perjuangan masih belum tamat, kami masih belajar dan kami semakin meningkat.

“Kami tidak mahu menunggu 20 tahun lagi untuk melangkah ke separuh akhir dalam kejohanan utama.

“Anda perlu kekal pada tahap ini. Kami perlu terus meningkat, perlu menjadi lebih baik. Itulah yang akan kami lakukan.”

Kane gagal meledak dalam tiga perlawanan terakhir pada kejohanan kali ini, namun masih kekal sebagai calon utama menerima anugerah Kasut Emas selepas meledak enam gol ketika menentang Tunisia, Panama dan Colombia.

“Sangat ketara, saya kecewa kerana gagal menjaringk­an gol dalam beberapa perlawanan terakhir,” kata penyerang Tottenham Hotspur itu.

“Kadangkala ia menjadi, kadangkala tidak. Tapi jika saya memenangin­ya (Kasut Emas), ia akan menjadi sesuatu yang membuatkan saya bangga sepanjang hayat.”

 ??  ?? AKSI pemain England ketika mengekang bintang Belgium, Eden Hazard (kanan).
AKSI pemain England ketika mengekang bintang Belgium, Eden Hazard (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia