Harian Metro

TEMBAK LEPAS GERAM

- Manorza Saraev cnews@nstp.com.my

Tidak tahan mendengar bunyi bising sekumpulan remaja bermain bola sepak sempena demam Piala

Dunia Russia 2018, seorang lelaki mengamuk sehingga melepaskan tembakan amaran di sebuah rumah panjang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 9 malam, suspek berusia 48 tahun dikatakan beristireh­at, namun berang selepas sekumpulan remaja bermain bola sepak di ruang tamu rumah panjang berkenaan.

Suspek tiba-tiba meluru mengambil senapang patah miliknya sebelum melepaskan tembakan amaran yang terkena pada dinding ruang tamu rumah panjang berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut memecahkan cermin tingkap sehingga mencetuska­n suasana panik dalam kalangan penghuni rumah panjang itu.

Bimbang dengan keselamata­n mereka, penduduk membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superinten­dan Jimmy Panyau ketika dihubungi, di sini, semalam mengesahka­n penahanan suspek dan memaklumka­n kes disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.

Beliau berkata, suspek turut direman empat hari sehingga 19 Julai ini untuk membantu siasatan.

“Polis turut merampas selaras senapang patah bersama enam butir peluru, dua kelongsong peluru, empat serpihan kelongsong peluru dan lesen memiliki senjata,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? ANGGOTA PPM merampas 2,850 telur penyu dalam operasi Op Pensura, di perairan Kampung Forest, Sandakan.
ANGGOTA PPM merampas 2,850 telur penyu dalam operasi Op Pensura, di perairan Kampung Forest, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia