Harian Metro

Mohon kekal subsidi yuran

 Penghentia­n subsidi yuran taska berdaftar sukarkan golongan ibu tunggal, tak mampu

- Sandra Albertz cnews@nstp.com.my

Kerajaan Pusat diminta tidak menghentik­an subsidi yuran taska berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha membantu ibu bapa kurang berkemampu­an termasuk ibu tunggal.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, penyediaan kemudahan itu wajar diteruskan kerana membantu meringanka­n beban golongan terbabit.

“Di taska berdaftar dengan JKM seperti Taska Qaseh Laila, yuran keseluruha­nnya RM450 sebulan bagi seorang anak.

“Dengan adanya subsidi RM250, ibu tunggal dan ibu bapa kurang berkemampu­an hanya perlu membayar RM200 sebulan bagi seorang anak mereka,” katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Taska Qaseh Laila, di Jalan Ong Tiang Swee, kelmarin.

Fatimah berkata, subsidi itu selama ini banyak membantu ibu tunggal dan ibu bapa kurang berkemampu­an di negeri ini yang perlu bekerja.

“Di Sarawak, tidak banyak majikan, termasuk jabatan kerajaan mewujudkan taska di tempat kerja dan ini tentunya menyukarka­n ibu bapa yang perlu bergantung kepada khidmat taska di luar pejabat.

“Malah, kita agak kecewa kerana tidak mendapat maklum balas yang bagus dalam kalangan majikan, termasuk jabatan kerajaan sendiri berhubung usaha mewujudkan taska di premis mereka,” katanya.

Katanya, sehingga kini rekod menunjukka­n hanya ada lapan taska diwujudkan di tempat kerja, dengan keseluruha­nnya 167 kanak-kanak mendapat manfaat.

Sementara itu, Fatimah

Tidak banyak majikan, termasuk jabatan kerajaan mewujudkan taska di tempat kerja dan ini tentunya menyukarka­n ibu bapa yang perlu bergantung kepada khidmat taska di luar pejabat”

Fatimah Abdullah

berkata, adalah penting untuk ibu bapa menghantar anak mereka ke taska berkualiti kerana didapati usia kanak-kanak ketika lima tahun pertama adalah tempoh perkembang­an otak manusia paling cepat.

Justeru, beliau menasihatk­an Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) sebagai pengusaha Taska Qaseh Laila membuat surat memohon tanah bagi taska terbabit membina bangunan baru yang boleh beroperasi sebagai taska, tadika dan transit bagi kanak-kanak serta ibu pejabat negeri persatuan itu.

Ini berikutan Presiden PITSA, Salmah Ibrahim sebelum itu mendedahka­n pihaknya ketika ini sudah mengenal pasti tanah di Jalan Crookshank bagi memindahka­n operasi Taska Qaseh Laila yang ramai pengasuhny­a ibu tunggal dari Jalan Ong Tiang Swee yang akan dibangunka­n.

 ??  ?? FATIMAH (tengah) bersama pengasuh di Taska Qaseh Laila, ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Taska Qaseh Laila, di Jalan Ong Tiang Swee, semalam.
FATIMAH (tengah) bersama pengasuh di Taska Qaseh Laila, ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Taska Qaseh Laila, di Jalan Ong Tiang Swee, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia