Harian Metro

Sampah lubuk rezeki

- Hazsyah Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 20 pelajar madrasah, NGO bantu 500 penduduk miskin

Dua puluh pelajar madrasah dan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil memberi bantuan kepada lebih 500 penduduk miskin serta kurang berkemampu­an di Kampung Melayu, yang terletak dekat pusat pelupusan sampah, Batu 8 di sini, semalam.

Ada antara penduduk kampung terbabit menjadikan pusat pelupusan sampah sebagai lubuk rezeki dengan mengumpul barangan kitar semula untuk dijual.

Pengerusi Madrasah Darus Sunnah (MADS) Norazam Hashimudin, 22, berkata pihaknya hanya menyampaik­an dana diterima daripada orang awam menerusi kerja amal anjuran madrasah berkenaan.

“Kami terima dana daripada pemberi sumbangan kemudian kami salurkan. Alhamdulil­lah, mereka percaya kepada kami.

“Kebanyakan dana diterima daripada warga Semenanjun­g kerana saya belajar di sana. Lagipun tidak perlu membuat kertas kerja. Kami kongsi maklumat dengan yakin mereka berikan dana.

“Ribuan ringgit mereka salurkan. Antaranya untuk program hari ini, kami belikan makanan ringan, minuman dan beras serta ada juga pakaian,” katanya ditemui selepas aktiviti berkenaan.

Norazam berkata, pelajar MADS yang sebahagian besarnya berusia 20-an terpanggil melakukan kerja amal seperti itu kerana minat dan suka apabila dapat membantu orang ramai seperti mereka yang memerlukan.

“Kami juga pernah melalui kesukaran dalam hidup yang akhirnya mengajar kami erti membantu orang lain yang dalam kepayahan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalanka­n program membina madrasah dan meneruskan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, kembar yang turut menerima bantuan berkenaan berasa gembira selepas mendapat minuman kotak.

Mereka yang hanya dikenali sebagai Bayu, 7, dan adiknya, Ungas kelihatan terus meminum minuman kotak yang diberikan dan mencuba pakaian yang disumbang.

 ??  ?? DUA beradik kembar antara penerima bantuan daripada Madarasah Darus Sunnah.
DUA beradik kembar antara penerima bantuan daripada Madarasah Darus Sunnah.
 ??  ?? PELAJAR madrasah menyerahka­n bantuan kepada masyarakat Muslim di Kampung Melayu, dekat pusat pelupusan sampah, Batu 8, Sandakan.
PELAJAR madrasah menyerahka­n bantuan kepada masyarakat Muslim di Kampung Melayu, dekat pusat pelupusan sampah, Batu 8, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia