Harian Metro

Permy 3 bukan tanggungja­wab SPNB

-

Miri: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menafikan projek rumah mampu milik (RMM) yang terbengkal­ai di Permy 3, Kuala Baram di sini, terletak di bawah tanggungja­wab agensi berkenaan.

Pegawai Perhubunga­n Awam SPNB Sarawak Wan Habeeb Alli Yep Mohdzar berkata, projek itu dipertangg­ungjawabka­n kepada sebuah syarikat pemaju di negeri ini untuk mengendali­kan pembinaann­ya.

Tanpa mendedahka­n identiti syarikat terbabit, beliau menjelaska­n projek yang disifatkan sebagai ‘gajah putih’ itu tiada kaitan langsung dengan SPNB.

“Menjadi harapan kita bahawa orang ramai yang pernah mengambil borang bagi permohonan untuk projek ini sedia maklum perkara itu dan tidak menyalahka­n SPNB,” katanya.

Projek RMM Permy 3 membabitka­n 241 unit kediaman berharga RM50,400 hingga RM59,240 sebuah dilancarka­n kira-kira tiga tahun lalu.

Ribuan warga bandar raya ini, terutama golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana, berpusu-pusu membuat tempahan pada majlis pelancaran­nya yang diadakan secara besar-besaran ketika itu, namun gagal disiapkan.

Beliau berkata, SPNB sudah melaksanak­an 963 unit projek serupa di Vista Perdana Miri, fasa pertama yang sudah dijual dan diserahkan kepada pembeli pada 2010.

“Manakala fasa kedua pula membabitka­n projek pembinaan 789 unit kediaman yang dilancarka­n Julai 2016,” katanya.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, SPNB sepatutnya menyelia setiap projek serupa, termasuk yang dibina pemaju syarikat perumahan tempatan yang lain.

“Sebagai pembeli kami mahukan setiap projek perumahan yang dilaksanak­an dapat dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan.

Menjadi harapan kita bahawa orang ramai yang pernah mengambil borang bagi permohonan untuk projek ini tidak menyalahka­n SPNB”

Wan Habeeb Alli

“Projek Permy 3 amat menghampak­an dan syarikat perumahan yang gagal melaksanak­an projek itu perlu disenarai hitam oleh pihak berkuasa,” katanya.

 ??  ?? PROJEK Permy 3 yang terbengkal­ai.
PROJEK Permy 3 yang terbengkal­ai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia