Harian Metro

PASUKAN KECIL TAPI PENTING

Pasukan teknologi maklumat Tabung Haji pastikan kelancaran urusan elektronik

-

Jumlah anggota pasukan mereka paling kecil namun pasukan ini dianggap nadi kepada kelancaran serta kejayaan operasi haji pada setiap tahun.

Malah, merekalah kelompok petugas Tabung Haji (TH) yang mula-mula sekali tiba di sini.

Mereka dimaksudka­n ialah pasukan teknologi maklumat (IT) TH yang dianggotai 18 orang dan sudah berada di Kota Suci ini sejak 2 Julai lalu.

Pasukan ini yang dianggotai individu dengan pelbagai kepakaran berbeza seperti rangkaian, peralatan komputer dan aplikasi dianggap nadi kerana merekalah yang bertanggun­gjawab membina rangkaian sistem perkhidmat­an disediakan TH untuk bakal haji.

Antara yang utama ialah sistem komputer untuk penyimpana­n dan pengeluara­n wang yang membolehka­n jemaah mengeluark­an wang hanya dengan menunjukka­n tag pengenalan diri serta sistem yang menyimpan segala rekod perubatan jemaah haji.

Pengarah Operasi IT, Hanizam Hanif berkata, daripada 18 anggota pasukannya dua ditempatka­n di Madinah, seorang di Jeddah, manakala bakinya seramai 15 lagi menumpukan operasi di Makkah.

Beliau, berkata, pada musim haji tahun ini fokus utama pasukannya ialah menaik taraf infrastruk­tur dan talian rangkaian di beberapa lokasi penting yang menjadi pusat operasi penguruan TH.

“Antaranya ialah di ibu pejabat TH di Makkah iaitu di bangunan Abraj Al-Janadriyah dan bangunan Hospital Mubarak selain pusat oeperasi TH di Hotel Dar Al-Jefri di Madinah,” katanya.

Selain itu, kata Hanizam, penambahba­ikan juga dilakukan melalui kerjasama dengan syarikat telekomuni­kasi tempatan seperti

STC untuk memudahkan lagi urusan komunikasi jemaah haji dengan ahli keluarga di tanah air. Ini termasuk pembukaan kaunter jualan kad sim prabayar STC di hotel penginapan jemaah haji

Malaysia di

Madinah.

Jemaah turut dibekalkan kad sim secara percuma dan hanya perlu membayar mengikut jumlah kredit di dalam kad sim itu atau untuk isian semula.

Bagaimanap­un, di sebalik pelbagai kecanggiha­n teknologi disediakan pihaknya bagi memantapka­n sistem telekomuni­kasi, Hanizam berharap jemaah haji tidak lalai dan leka dengan gajet mereka sehingga menjejaska­n tumpuan serta fokus utama ke Tanah Suci iaitu untuk beribadah.

“Apa yang penting ialah berikan tumpuan sepenuhnya kepada urusan ibadat. Perkara lain seperti melayari Facebook, memuat naik pelbagai status di media sosial dan sebagainya letaklah ke tepi dulu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN IT Tabung Haji diangotai 18 orang sudah tiba di Kota Suci sejak 2 Julai lalu.
PASUKAN IT Tabung Haji diangotai 18 orang sudah tiba di Kota Suci sejak 2 Julai lalu.
 ??  ?? HANIZAM
HANIZAM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia