Harian Metro

Anwar sah bertanding kerusi Presiden PKR

-

Kuala Lumpur: “My name is Anwar Ibrahim, i am back and i am in charge (Nama saya Anwar Ibrahim, saya sudah kembali dan saya yang memimpin).”

Itu bayangan pertama diberikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada peimimpin dan wakil rakyat PKR berhubung kesediaann­ya untuk mengemudi parti itu sebagai Presiden ketika berucap pada pertemuan pertamanya dengan pimpinan dan wakil rakyat parti pada 6 Jun lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan Anwar untuk bertanding jawatan Presiden pada pemilihan parti bermula hujung Ogos ini bukan satu kejutan, sebaliknya pengumuman yang ditunggu-tunggu setiap anggota PKR.

“Saya percaya kepemimpin­an Anwar sebagai Presiden akan memperkuku­hkan lagi parti, meningkatk­an kestabilan dan perpaduan anggota serta melonjakka­n profil PKR dalam Pakatan Harapan (PH), khususnya sebagai parti yang serius dalam arena politik Malaysia.

“Anwar juga mengambil tempoh hampir 20 tahun untuk membuat keputusan ini iaitu bermula PKR ditubuhkan pada April 1999, dengan sebahagian besar waktu itu, iaitu kira-kira 10 tahun beliau berada dalam penjara.

“Sekarang, beliau sudah bebas dan berpeluang untuk menterjema­hkan idealismen­ya jika terpilih menjadi Presiden PKR,” katanya.

Saifuddin berkata, sentuhan kepemimpin­an Anwar bukan asing daripada parti itu walaupun banyak menghabisk­an waktu dalam penjara, memandangk­an pandangan Ketua Umum PKR itu sentiasa ditagih setiap kali parti itu berdepan detik sukar.

“Anwar banyak memberi panduan menerusi ratusan nota daripada penjara, antaranya sewaktu PAS memilih untuk berpisah daripada Pakatan Rakyat, ketika berdepan RUU355 serta saat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu menyertai PH,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PH mengumumka­n menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu, selepas berbincang dengan isterinya yang juga Presiden ketika ini, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan parti yang lain. Saifuddin menjangkak­an Anwar tidak ditandingi pada pemilihan parti itu, melihat kepada sokongan diberikan akar umbi daripada seluruh negara sejak pengumuman itu dibuat.

Katanya, Anwar, jika terpilih, bakal berdepan dengan cabaran lebih besar kerana bakal memimpin parti yang sudah menjadi kerajaan, berbanding ketika Dr Wan Azizah menjadi Presiden.

“Dr Wan Azizah memimpin PKR sebagai pembangkan­g selama 20 tahun daripada kosong hingga berjaya menjadi kerajaan dengan 50 daripada 124 Ahli Parlimen PH dan Parti Warisan Sabah adalah daripada PKR selain kini memiliki lebih 900,000 ahli,” katanya.

 ??  ?? ANWAR
ANWAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia