Harian Metro

Najib hentam ahli berpaling tadah

 Najib mahu semua ahli belot keluar parti UMNO

- Rohaniza Idris dan Seri Nor Nadiah Koris cnews@nstp.com.my

Orang begini memanglah lebih baik dia keluar UMNO. Kita hanya nak orang setia dan sanggup atau berani mati dalam Umno”

Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta ahli UMNO yang berpaling tadah selepas pemimpin dan parti jatuh dan kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya keluar daripada parti itu.

Ini kerana beliau berkata, UMNO hanya memerlukan orang berani mati demi parti, bukannya setelah parti kehilangan kuasa, orang itu memijak-mijak bendera parti.

“Kadang-kadang ada juga orang kita melaungkan kesetiaann­ya, tapi kesetiaan waktu kita berkuasa. Apabila kita dah tak ada kuasa, bendera UMNO dipijak-pijaknya.

“Orang begini memanglah lebih baik dia keluar UMNO. Kita hanya nak orang setia dan sanggup atau berani mati dalam Umno,” katanya seperti dilaporkan akhbar harian berbahasa Melayu ketika berucap di hadapan sekumpulan penyokongn­ya di sebuah restoran di ibu kota, semalam.

Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diraikan pada majlis ramah mesra anjuran Persatuan kebajikan Insan Mulia (PKIM) dan Wanita UMNO Cawangan Pulau Ketam.

Bekas Presiden UMNO itu turut menyatakan kesedihan beliau atas kekalahan UMNO (Barisan Nasional) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan antara faktornya ialah ahli Umno sudah lupa prinsip serta nilai perjuangan mereka.

“Kita lebih mementingk­an apa yang kita boleh dapat. Kita lebih pentingkan kelompok kita sendiri, sehingga kalau kita tak dapat apa kehendak kita, kita sanggup membelakan­gkan parti.

“Malah, ada juga berkelakua­n seperti mengugut parti kita jika tak jadi calon, yang anehnya ia dilakukan oleh mereka yang ada jawatan dalam parti. Kalau inilah perangainy­a, maka tak hairanlah bila pembangkan­g mengasak kita, orang melihat UMNO ini dalam satu keadaan, di mana kita sudah lupa akan nilai tradisi perjuangan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia