Harian Metro

PANGGILAN LAUT

 Rakan peserta terkejut Yuen hilang kerana banyak kali sertai acara lasak

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Khidir Zakaria cnews@nstp.com.my

> Aktiviti sukan Port Dickson Internatio­nal Triathlon (PDIT) semalam berakhir tragedi apabila seorang peserta lemas manakala seorang lagi hilang di laut.Kedua-dua mereka iaitu warga tempatan dan Hong Kong disedari lemas dan hilang selepas pihak penganjur mendapati mereka gagal mendaftark­an diri bersama peserta lain sebaik selesai disiplin berenang. Berikutan itu, gerakan mencari dijalankan dan mayat pertama ditemui kira-kira jam 8 pagi manakala gerakan mengesan seorang lagi mangsa sedang dijalankan.

“Kami sudah biasa menyertai pertanding­an ini sejak beberapa tahun lalu, tetapi kali ini kami kehilangan rakan secara mengejut,” kata seorang peserta Port Dickson Internatio­nal Triathlon (PDIT) 2018 dari Hong Kong yang hanya dikenali sebagai Hau, 40-an mengenai kehilangan rakan senegara, Yuen Chi Yuen, 42, ketika menyertai acara berenang di Pantai Batu 5 di sini pagi semalam dan sehingga jam 8 malam tadi, masih gagal ditemui.

Dalam acara sama, seorang lagi peserta warga tempatan, Tharm Wei Wong, 39, dari Pulau Pinang ditemui lemas ketika baru berenang sejauh 750 meter dalam disiplin sama pada jam 8 pagi.

Kejadian itu disedari penganjur sebelum mangsa yang tidak sedarkan diri dibawa ke pantai oleh pasukan menyelamat.

Pasukan paramedik melakukan bantuan penafasan ke atas mangsa sebelum disahkan meninggal dunia.

berkata, dia dan Yuen datang ke negara ini seminggu lalu bersama 30 rakan lain untuk menyertai acara lasak itu.

Beliau berkata, semua rakan senegara menyertai pertanding­an lasak itu bagi ka- tegori Olimpik Distance Triathlon yang memerlukan mereka berenang, berbasikal dan berlari.

“Selain Yuen dan isteri, dua anak mereka masing-masing berusia 10 dan 12 tahun turut menyertai program itu bagi acara kanak-kanak.

“Yuen meminati sukan lasak dan kami menyertai program ini sejak beberapa tahun lalu. Sebelum ini semuanya selamat dan tiada insiden. Namun kali ini berlaku tragedi buruk,” katanya.

Kata Hau, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumka­n penganjur, Lembaga Pelanconga­n Negeri Sembilan (LPNS) sebelum bergegas

ke lokasi.

“Saya harap Yuen dapat dijumpai dalam keadaan selamat kerana kedatangan kami di sini selain menyertai sukan lasak, kami juga mahu berehat,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson Deputi Superinten­dan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, mayat Tharm Wei Wong sudah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan PenyeHau lamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Yuen digerakkan selepas panggilan jam 11.55 pagi yang diperluask­an di kawasan dua batu nautika dari lokasi acara.

Katanya, pihaknya menggunaka­n sebuah jet ski dan empat bot dengan kekuatan 43 anggota dan turut disertai 10 anggota polis untuk mencari mangsa.

Operasi SAR turut membabitka­n Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan tiga pegawai dan 10 anggota serta enam kakitangan Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD).

Seramai 2,300 peserta dari 39 negara mengambil bahagian dalam sukan lasak itu yang berlangsun­g dua hari mulai semalam di Avilion Admiral Cove di sini.

Pelepasan peserta bagi edisi ke-17 anjuran LPNS dan MPPD itu disempurna­kan Menteri Besar Aminuddin Harun pada jam 7 pagi.

Empat kategori dipertandi­ngkan iaitu Sprint Triathlon membabitka­n renang sejauh 750 meter, berbasikal 20 kilometer (km) dan berlari pada jarak lima km.

Bagi kategori Olimpik Distance Triathlon, peserta perlu berenang 1.5 km, berbasikal 40 km dan berlari 10 km.

Dua lagi kategori untuk kanak-kanak iaitu Kids Triathlon memerlukan peserta berenang 150 meter, berbasikal empat km dan berlari 800 meter serta satu lagi kategori berenang 300 meter, berbasikal lapan km dan berlari 1.6 km.

Pertanding­an berkenaan menawarkan hadiah wang tunai RM600 untuk juara beserta trofi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat melakukan operasi SAR di Pantai Batu 5, semalam.
ANGGOTA penyelamat melakukan operasi SAR di Pantai Batu 5, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia