Harian Metro

RAMCI dedah 64 peratus pengguna tak pernah semak laporan kredit

-

RAM Credit Informatio­n

Sdn Bhd (RAMCI), syarikat pembekal maklumat perniagaan dan biro kredit mendedahka­n 64 peratus pengguna tidak pernah menyemak laporan kredit mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif RAMCI, Dawn Lai berkata, kaji selidik yang dijalankan pihaknya turut mendapati sebanyak lapan peratus pengguna tidak pasti pernah menyemak laporan kredit, manakala 56 peratus pengguna tidak mengetahui fungsi dan impak jika tidak menyemak laporan kredit.

Beliau berkata, penting bagi pengguna menyemak laporan kredit mereka seperti pinjaman kenderaan, hartanah, peribadi dan penggunaan kad kredit.

“Jika mereka tidak sedar akan kepentinga­n semua ini, ia boleh membawa kepada salah guna pengurusan kewangan yang akhirnya akan mengakibat­kan mereka terbabit dengan hutang dan akhirnya bankrap.

“Dengan tahap hutang pengguna dan bilangan peminjam yang semakin meningkat, semua pihak perlu memainkan peranan mengingatk­an mengenai kepentinga­n pemeriksaa­n kredit dan mengekalka­n skor kredit yang bagus selain melindungi diri daripada kecurian identiti,” katanya selepas pelancaran kempen Bulan Kesihatan Kredit RAMCI di Kuala Lumpur, semalam.

Lai berkata, kempen itu adalah yang pertama diadakan bagi menggalakk­an lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih proaktif dalam pemeriksaa­n kesihatan kredit mereka.

Beliau berkata, kempen itu adalah sebahagian daripada program kesedaran awam RAMCI bagi memperkasa­kan pengguna dalam penjagaan kewangan mereka menerusi pemantauan aktif skor kredit.

 ??  ?? LAI (tengah) pada pelancaran kempen Bulan Kesihatan Kredit RAMCI di Kuala Lumpur, semalam.
LAI (tengah) pada pelancaran kempen Bulan Kesihatan Kredit RAMCI di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia