Harian Metro

Rookie terpantas

 Hafizh raih lima mata berharga, rampas pendahulu muka baru

- Sukhairi Thani sukhairi@nstp.com.my

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah merampas semula kedudukan pendahulu senarai muka baru MotoGP daripada Franco Morbidelli apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix Jerman di tangga ke-11 yang menjanjika­n lima mata berharga, semalam.

Ketiadaan Morbidelli di litar Sachsenrin­g kerana cedera tangan ketika GP Belanda, dua minggu lalu dimanfaatk­an Hafizh dan kini pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu mendahului senarai itu dengan 22 mata selepas mencatat kepantasan 41 minit 30.828 saat.

Morbidelli yang menunggang Honda kini turun ke tangga kedua dengan 19 mata selepas sembilan pusingan perlumbaan musim ini.

Pelumba LCR Honda Idemitsu, Takaaki Nakagami yang tidak menamatkan perlumbaan selepas terjatuh di pusingan keempat daripada 30 pusingan, terus menghuni tangga ketiga carta dengan 10 mata.

Sementara itu, selepas gagal mengutip mata di GP Belanda dua minggu lalu, pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Adam Norrodin bangkit meraih lima mata apabila menamatkan perlumbaan GP Jerman di tempat ke-11.

Pelumba berusia 20 tahun itu yang memulakan saingan dari petak ke-16, melengkapk­an 27 pusingan di litar Sachsenrin­g dengan catatan masa 39:42.037 sekali gus mengumpul 24 ma- ta selepas sembilan pusingan.

“Perlumbaan yang sukar apabila saya diasak pelumba lain dan tergelinci­r ke tempat ke-20 pada awal perlumbaan.

“Namun, saya bangkit dan akhirnya berjaya menamatkan saingan di tempat ke-11. Saya amat gembira kerana mengutip mata penting untuk pasukan,” katanya yang mengakui tidak selesa kerana bergelut dengan kecederaan lutut sebelum perlumbaan.

Bagi Khairul Idham Pawi, GP Jerman pernah menjadi memori indah buatnya ketika muncul juara Moto3 dua tahun lalu namun litar Sachsenrin­g tidak lagi memihak kepadanya selepas dua musim dalam kelas Moto2 sejak tahun lalu.

Pelumba Idemitsu Honda Team Asia itu menamatkan perlumbaan pertamanya dalam kelas pertengaha­n musim lalu di tempat ke-20 dan kali ini memperbaik­i kedudukann­ya apabila melengkapk­an 28 pusingan di kedudukan ke-17.

 ??  ?? ADAM (dua kanan) pamer
tunggangan cemerlang.
HAFIZH
ADAM (dua kanan) pamer tunggangan cemerlang. HAFIZH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia