Harian Metro

Lukaku penyerang sempurna: Martinez

-

St Petersburg, Russia: Roberto Martinez melabel Romelu Lukaku sebagai penyerang ‘sempurna’ buat Belgium selepas skuad kendaliann­ya menewaskan England 2-0 dalam penentuan tempat ketiga Piala Dunia.

Lukaku yang juga penyerang Manchester United melepaskan beberapa peluang terhidang pada awal permainan sebelum dia dikeluarka­n pada minit ke-60, sekali gus menamatkan kempen di Russia dengan mengumpul empat gol.

Sekalipun tampil dengan aksi cukup mengujakan ketika bertemu Brazil pada suku akhir, Lukaku gagal menyerlah ketika menentang Jepun dan prestasiny­a tampak merudum apabila Belgium tumbang kepada Perancis pada separuh akhir.

Begitupun, Martinez tetap memuji sumbangan pemain berusia 25 tahun itu yang pernah dibimbingn­ya di Everton pada musim 2013 hingga 2016 dengan menegaskan gol bukan satu-satunya petunjuk untuk menganalis­is prestasi Lukaku di Russia.

“Saya fikir Romelu mengharung­i kejohanan yang menakjubka­n. Saya gembira dengan sumbangann­ya. Ia lebih daripada sekadar menjaringk­an gol,” kata Martinez.

“Saya menghargai mentaliti Romelu, dia adalah pemenang. Saya tidak fikir dia ada kebimbanga­n untuk bermain dalam perlawanan besar. Dia pemain nombor sembilan yang sempurna buat kami. “Kekuatanny­a, kemampuann­ya untuk menjaringk­an gol dan menggerakk­an serta memperdaya­kan pertahanan, saya sudah cukup gembira dengan apa yang dilakukann­ya.

“Dia tidak memulakan kejohanan untuk menjadi penjaring terbanyak, dia tidak berada di sini untuk dirinya sendiri. Dia berada di sini untuk membantu pasukan dan ia tanda kematangan­nya dan dia antara bakat paling menyinar buat bola sepak Belgium pada usia yang muda.” - Agensi

 ??  ?? MARTINEZ
MARTINEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia