Harian Metro

‘Tolong jaga emak, adik’

- Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

“Ayah kata, bila dia sudah tiada, tolong jaga mak dan adik elok-elok,” kata anak sulung kepada Noorakhirl­udin Alam Mohamad Noor, seorang daripada mangsa yang meninggal dunia pada kemalangan di Kilometer 446, Lebuhraya Utara-Selatan dekat Rawang, kelmarin.

Farah Nurakhirlu­din Alam, 17, berkata, arwah bapanya itu pernah memaklumka­n menghidap batu karang dan beberapa kali memberi pesanan yang menyebabka­n hatinya mula resah.

Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah bapanya ialah pada Sabtu lalu ketika mahu pulang ke asramanya yang terletak berdekatan dengan kawasan rumah mereka di Kepala Batas dekat sini.

“Beberapa hari lalu, saya ada menghubung­i ayah dan pada ketika itu ayah memaklumka­n bahawa dia menghidap penyakit batu karang.

“Tetapi sebelum ini, ayah sudah beberapa kali pesan jika dia tiada suatu hari nanti, tolong jaga mak dan adik-adik. Ia membuatkan saya tidak sedap hati dan akhirnya terjawab dengan pemergian ayah akibat kemalangan,” katanya.

Farah berkata, kira-kira sejam sebelum kemalangan yang menimpa ahli keluargany­a itu, dia menghubung­i ibunya, Maskiah Mat Saad, 40-an, untuk meminta kebenaran keluar bersama rakan asrama.

Bagaimanap­un, tidak lama kemudian, dia dihubungi seorang guru yang memaklumka­n keluargany­a terbabit kemalangan sebelum bapa saudara menjemputn­ya di asrama.

“Paksu datang jemput saya dan ketika itu, dia minta saya bersabar banyak-banyak kerana ayah sudah tiada,” katanya.

Pada kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, Noorakhirl­udin Alam, 48, bersama isteri dan anak bongsu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk melawat anak kedua dan ketiga mereka yang belajar di sebuah sekolah.

Namun mereka terbabit kemalangan apabila sebuah treler terbabas sebelum memasuki lorong bertentang­an arah selatan lalu merempuh beberapa kenderaan di laluan berkenaan termasuk Toyota Velfire dipandu Noorakhirl­udin Alam.

Ketika kejadian mangsa bersama isteri dan anak bongsu dalam

perjalanan ke Kuala Lumpur

 ??  ?? FARIS Noorakhirl­udin ditenangka­n ibu saudaranya. MASKIAH ditenangka­n kakak iparnya. FARAH sebak ketika mengetahui berita yang menimpa ahli keluargany­a.
FARIS Noorakhirl­udin ditenangka­n ibu saudaranya. MASKIAH ditenangka­n kakak iparnya. FARAH sebak ketika mengetahui berita yang menimpa ahli keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia