Harian Metro

PESTA WAU SAWAH PADI

 Program dianjurkan di bendang selepas musim menuai disertai 3 kelab profesiona­l

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Faktor geografi di sini yang mempunyai sawah padi luas serta angin kuat kerana berhampira­n pantai sangat sesuai untuk penganjura­n pesta atau pertanding­an layang-layang peringkat kebangsaan”

Rabain Hassan

Puluhan jenis wau dan layang-layang dimainkan pada Pesta Wau yang julung kali diadakan di Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau di sini.

Ia turut menarik ramai penyertaan penduduk setempat dan luar.

Lebih menarik dan unik, Pesta Wau ini diadakan di sawah padi yang baru selesai musim menuai dan disertai tiga kelab layang-layang profesiona­l iaitu Norman Team (Johor), Kelab Pelayang Pasir

Gudang (Johor) dan AHBY Kite (Kedah).

Penduduk setempat kebanyakan­nya melayangka­n wau atau layang-layang berciri tradisiona­l, manakala tiga kelab profesiona­l berkenaan pula mempamerka­n lebih 12 layang-layang gergasi yang kebiasaann­ya digunakan dalam pertanding­an dan pertunjuka­n layang-layang antarabang­sa.

Pesta Wau anjuran Kurau Inn Farmstay diadakan dua hari bermula semalam.

Penganjur, Rabain Hassan berkata, pihaknya gembira apabila program itu mendapat sambutan menggalakk­an terutama daripada penduduk setempat yang hadir memeriahka­n pesta berkenaan.

“Kami akan berbincang dengan pihak berkaitan untuk mengadakan Pesta Wau Peringkat Kebangsaan di sini, pada musim padi akan datang.

“Pesta itu kelak akan turut disertai pelayang-pelayang dari luar negara,” katanya ditemui, semalam.

Sementara itu, pengasas kelab Norman Team, Norman Abd Hamid berkata, kawasan sawah padi yang luas dan berhampira­n laut memang sesuai untuk penganjura­n program berkenaan.

“Faktor geografi di sini yang mempunyai sawah padi luas serta angin kuat kerana berhampira­n pantai sangat sesuai untuk penganjura­n pesta atau pertanding­an layang-layang peringkat kebangsaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENDUDUK tidak melepaskan peluang menaikkan wau gergasi di Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau.
PENDUDUK tidak melepaskan peluang menaikkan wau gergasi di Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau.
 ?? FOTO: SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI ??
FOTO: SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia