Harian Metro

Syarikat tutup kedai selepas sapu RM300,000

-

Kuala Lumpur: Impian 56 individu melancong ke luar negara termasuk ke beberapa destinasi popular di Korea Selatan dan Eropah lebur selepas mendakwa diperdaya sebuah syarikat pelanconga­n.

Mangsa menyedari diperdaya selepas gagal berhubung dengan wakil syarikat terbabit, ketika mahu mendapatka­n perkembang­an mengenai jadual perjalanan percutian masing-masing berikutan majoriti sudah menjelaska­n deposit.

Menambah lagi curiga dalam kalangan mangsa apabila pemeriksaa­n dilakukan mereka mendapati premis syarikat yang beroperasi di Mont Kiara di sini, ditutup dan dikosongka­n sejak bulan lalu.

Selain itu mangsa mendakwa laman web dikendalik­an syarikat berkenaan yang mempromosi­kan pakej percutian ke destinasi popular antarabang­sa pada harga menarik juga tidak boleh diakses.

Wakil mangsa, Wan Ritaelfera Wan Rusli, 28, berkata, setakat ini jumlah kerugian dialami mereka termasuk dirinya dan suami dianggarka­n melebihi RM300,000.

Menurutnya, dia dan suami mengunjung­i gerai syarikat terbabit yang mengambil bahagian pada pameran anjuran Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) di ibu kota, Mac lalu.

Dia yang kebingunga­n cuba mengesan wakil syarikat berkenaan menggunaka­n pelbagai cara termasuk menerusi carian Internet sebelum terbaca forum di sebuah blog mengenai pengakuan mangsa mendakwa diperdaya syarikat sama.

“Menerusi perkongsia­n maklumat mangsa lain mendakwa mereka juga sudah membuat bayaran untuk tempahan pakej percutian ke Korea Selatan, Paris dan London dijadualka­n antara September hingga Disember depan.

“Semua mangsa sudah buat laporan, tapi saya yakin ramai lagi belum tampil. Berikutan itu saya harap mereka yang berkenaan sertai kami dan buat laporan dengan segera,” katanya.

 ??  ?? MESEJ diterima mangsa menerusi WhatsApp dari agen pelanconga­n berhubung syarikat berkenaan bagi menyakinka­n pelanggan.
MESEJ diterima mangsa menerusi WhatsApp dari agen pelanconga­n berhubung syarikat berkenaan bagi menyakinka­n pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia