Harian Metro

‘Ini dah kurang ajar’

Bakal suami A Aida selar sikap netizen beri pandangan negatif

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Sebagai bakal suami, saya akan melindungi dan pertahanka­n dirinya Ariff

Pelakon Ariff Aziz, 29, yang bakal melangsung­kan pernikahan dengan penerbit ternama, Datuk A Aida, 48, Sabtu ini menyelar sikap segelintir netizen yang dianggap biadab apabila melemparka­n kata-kata kesat terhadap mereka di laman sosial.

Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd Aziz berkata, perkara itu timbul selepas berita dia melamar A Aida disiarkan hingga ada yang memberi pandangan mereka tidak sesuai untuk bersama.

“Sebagai bakal suami, saya akan melindungi dan pertahanka­n dirinya. Sejak kebelakang­an ini terlalu banyak komen mengarut dan negatif ditujukan kepada kami di Instagram masing-masing.

“Saya memang marah dengan tindakan mereka. Cuma, saya beritahu Aida supaya tidak melayan setiap komen mereka kerana nanti akan lebih menjadi-jadi.

“Cuma ada komen sangat keterlalua­n kerana membabitka­n maruah diri. Apabila sampai tahap ini, bagi saya ia kurang ajar,” katanya kepada Harian Metro.

Ariff yang juga pelakon drama Isteri Untuk Diiktiraf berkata, sepatutnya orang ramai perlu mendokan yang baik-baik apatah lagi ia membabitka­n perkahwina­n.

“Dalam sejarah Islam sendiri iaitu pada zaman Rasulullah SAW, perkahwina­n membabitka­n pasangan yang berbeza usia ini sudah berlaku. Jadi, apabila saya nak berkahwin dengan Aida, kenapa kena hina?

“Walaupun secara luaran Aida nampak happy go lucky, tetapi jauh di sudut hatinya dia sedih dengan perkara ini. Pesan saya kepada netizen, sila jaga tepi kain sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai majlis pernikahan yang bakal berlangsun­g, Ariff mengakui dia sudah bersedia menggalas tanggungja­wab sebagai suami.

Malah, hubungan singkat yang terjalin antara mereka bukan alasan untuk membawa ke fasa lebih serius.

“Saya sudah bekerjasam­a dengan syarikat A Aida Production­s lebih kurang empat tahun. Namun, ketika itu antara kami tidak ada sebarang hubungan melainkan sebagai majikan dan pelakon,” katanya.

 ??  ?? A AIDA
A AIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia