Harian Metro

Fendy nafi jaja cerita sakit demi populariti

-

Kuala Lumpur: “Saya kecewa dan terkilan kerana ada pihak mendakwa penyakit misteri yang dihidapi sebagai gimik untuk menaikkan nama dalam lakonan. Saya memang terlantar sakit selama tiga bulan kerana menderita penyakit itu baru-baru ini,” kata pelakon Fendy Bakry, 30, ketika diminta mengulas mengenai penyakit misteri yang dihidapiny­a, tiga bulan lalu.

Fendy yang popular menerusi drama Mr Grey berkata, dia juga tidak mahu menuduh sesiapa berkaitan penyakit misterinya.

“Saya tidak ada musuh dan percaya sakit itu sebagai ujian paling berat daripada Allah sepanjang bergelar pelakon. Saya juga bukan bodoh untuk buat gimik atau publisiti murahan dengan cerita pura-pura jatuh sakit untuk menaikkan nama dalam bidang seni.

“Sebagai pelakon baru, saya lebih selesa dikenali peminat kerana bakat,” katanya kepada Harian Metro.

Bercerita mengenai tahap kesihatann­ya kini, Fendy berkata, dia bersyukur sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit terbabit.

“Alhamdulil­lah, saya sudah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni. Semuanya berkat doa peminat, pengurusan dan keluarga yang tidak pernah putus berdoa untuk melihat saya kembali pulih,” katanya.

Fendy berkata, dia juga sudah berhenti membuat rawatan alternatif, tetapi masih membuat pemeriksaa­n susulan dengan doktor di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Saya sudah menjalani ujian darah tetapi masih menunggu laporan doktor kerana mereka masih belum dapat mengesahka­n penyakit dihidapi,” katanya.

 ??  ?? FENDY
FENDY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia