Harian Metro

Kejutan ibu tidak bersahut

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

Seorang ibu terkejut selepas mendapati anaknya yang mengalami obesiti meninggal dunia di ruang tamu rumahnya di Taman Pinggiran Senawang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.40 pagi, Ahmad Syafiq Fathi Saidi Azhar, 24, ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya berusia 49 tahun sejurus pulang menghantar beberapa anaknya ke sekolah yang terletak di kawasan berdekatan.

Sumber polis berkata, ketika wanita itu keluar menghantar anak ke sekolah, Ahmad Syafiq yang juga anak sulung daripada enam beradik itu berada di ruang tamu.

“Sekembalin­ya wanita itu ke rumahnya, dia dapati anaknya tidak sedarkan diri. Wanita itu mengejutka­nnya beberapa kali namun anaknya sudah tidak bernafas,” katanya.

Sumber berkata, wanita terbabit memaklumka­n jiran sebelum mereka menghubung­i Balai Polis Senawang.

“Berdasarka­n siasatan, lelaki itu menghidap obesiti dan kerap berdepan masalah pernafasan. Pada minggu lalu, arwah mendapatka­n bantuan pernafasan di Hospital Putrajaya,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembang­an berasingan, lelaki berusia 59 tahun ditemui mati oleh jiran di hadapan rumahnya di Taman Seremban Baru, jam 7 pagi kelmarin.

Katanya, jiran memaklumka­n kejadian kepada kakak lelaki itu berusia 69 tahun sebelum menghubung­i polis untuk tindakan lanjut.

 Wanita terkejut temui anak obesiti meninggal di ruang tamu

“Siasatan mendapati kematian lelaki itu tidak berkaitan dengan unsur jenayah.

“Difahamkan dia yang tinggal seorang diri dan belum berkahwin itu sering mabuk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahka­n kedua-dua kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk tindakan lanjut.

Katanya, kedua-dua kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia