Harian Metro

Konsep gerai tanpa peniaga

-

pen lakaran dan kertas saja.

“Saya mengambil masa lima hingga enam jam untuk menyiapkan A3 manakala dua hingga tiga jam menghasilk­an lukisan saiz A4,” katanya.

Menurutnya, tulisan khat kufi, jawi dan doodle menjadi pilihan hatinya kerana meminati tiga cabang karya itu.

“Walaupun perlu mengikut cita rasa pengguna, namun dengan doodle saya seakan-akan leka dan bebas berkarya.

“Berbeza dengan seni kufi dan tulisan nama dalam jawi pula kerana walaupun berkarya, kita tidak boleh mengubah huruf asalnya, namun saya suka seni ini kerana dengan cara itu kita dapat kekalkan warisan Islamik supaya tidak dilupakan begitu saja,” katanya.

Pemuda yang menetap di Rantau, Seremban itu berkata, selepas tempahan disiapkan, dia dibantu kakaknya,

Nur Diana, 29, untuk mengepos hasil kerja terbabit kepada pemilik yang menempahny­a. Sandakan: Hanya memerlukan kejujuran pembeli. Itu konsep ‘gerai tanpa peniaga’ iaitu gerai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang biasanya terletak di tepi jalan utama dan beroperasi tanpa kehadiran peniaga di beberapa lokasi di daerah ini.

Bagi membolehka­n pembeli membayar barangan pula, peniaga menyediaka­n peti berkunci biasanya diperbuat daripada kayu diletakkan di atas meja atau kadangkala cuma menggunaka­n tong yang diikat pada tiang pondok dengan harga barangan sudah ditulis pada bungkusan.

Justeru, pembeli perlu menyediaka­n wang secukupnya kerana tiada baki disediakan.

Ia mungkin agak unik, namun masih diamalkan di kebanyakan laluan utama atau kampung di pantai timur Sabah.

Tinjauan NSTP di sepanjang laluan ke Pekan Muhibbah, Sungai Manila, dekat sini, mendapati sekurang-kurangnya ada empat gerai yang menggunaka­n konsep itu.

Selain tanaman kontan dan buah-buahan, turut dijual minyak petrol yang disimpan dalam bekas plastik.

Peniaga, Patimah Hamsain, 63, berkata, dia hanya berada di gerai yang terletak 100 meter dari rumahnya antara dua hingga empat jam sehari manakala waktu selebihnya berada di rumah untuk melakukan kerja rumah dan berehat.

“Saya sudah dua tahun berniaga di sini. Bolehlah dapat RM100 hingga RM300 sebulan sebagai pendapatan tambahan keluarga.

“Jika sibuk dengan kerja rumah, saya biarkan saja gerai. Kebanyakan yang singgah membeli penduduk sini juga atau kampung berhampira­n.

“Kalau ada yang mahu menipu (tidak membayar), itu terpulang kepada mereka dan kami anggap ia sebagai derma kepada mereka,” katanya sambil mendakwa ia perkara biasa kepada peniaga jika mengalami kerugian.

Seorang lagi peniaga yang cuma mahu dikenali sebagai Mili, 50-an berkata, mereka cuma menjaga gerai seharian suntuk pada musim buah kerana lebih ramai pelanggan.

Pada musim itu, katanya, keuntungan diperoleh berlipat ganda khususnya yang mempunyai tanaman sendiri dengan buah seperti durian dan mangga antara paling laris dijual.

 ??  ?? TABUNG duit disediakan peniaga bagi membolehka­n pembeli membayar di gerai tepi jalan Pekan Muhibah di Sandakan.
TABUNG duit disediakan peniaga bagi membolehka­n pembeli membayar di gerai tepi jalan Pekan Muhibah di Sandakan.
 ??  ?? GERAI di Pekan Muhibbah beroperasi tanpa kehadiran peniaga.
GERAI di Pekan Muhibbah beroperasi tanpa kehadiran peniaga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia