Harian Metro

CABARAN KETUA PERUNDING

- Hardi Effendi Yaacob hardi@nstp.com.my

Kuching

Memasuki zon perang dengan tangan kosong, tanpa sebarang senjata api bagi melindungi keselamata­n diri antara pengalaman getir terpaksa ditempuh Ketua Perunding The Dozen Person Kolonel Mohd Sakri Hussin ketika terbabit dalam penugasan MH17.

Kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Penyelaras Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pengalaman itu terpahat kukuh dalam ingatannya walaupun selepas empat tahun sejarah hitam itu berlalu.

“Biarpun nyawa jadi taruhan, amanah ini harus diselesaik­an demi negara kita. Itu yang saya ingatkan diri saya, begitu juga 11 lagi anggota dalam kumpulan ini.

“Kami masuk ‘kosong’. Hanya berbekalka­n sedikit wang (sewa kereta), makanan dan ubatan bagi melaksanak­an operasi penyamaran ini dengan misi utama memastikan kotak hitam dan perakam suara MH17, begitu juga mayat penumpang serta anak kapal dibawa keluar dengan selamat dari katanya ketika dihubungi, semalam.

Berpengala­man 38 tahun dalam bidang ketenteraa­n dan keselamata­n, selain misi kemanusiaa­n, (mencari dan menyelamat) SAR serta konflik antarabang­sa, operasi itu cukup mencabar kerana wujud banyak pihak berkepenti­ngan yang berkehenda­kkan bahan bukti berkenaan.

“Dugaannya bukan calang-calang, lebih-lebih kita berada di zon perang, Cold War. Malah, pengalaman itu lebih ‘hebat’ dari penugasan saya pada era insurgensi, begitu juga operasi pengaman yang pernah saya sertai bersama Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), misi kemanusiaa­n atau bencana lain.

“Bayangkan, 10

terpaksa kami tempuh sepanjang perjalanan ke Donetsk (Timur Ukraine), dengan setiap

ada pelbagai kerenahnya, selain pergerakan kami diekori. Lebih mencabar kerana sepanjang operasi ini, kita tidak tahu siapa kawan, siapa musuh yang memerlukan kita berwaspada sepanjang masa,” katanya.

Malah, sepanjang perjalanan ke wilayah bergolak itu, yang dikuasai Kumpulan Pemisah Donetsk (DSG), Sakri sentiasa mengingatk­an 11 anggotanya supaya terus berpuasa dan tidak berhenti berdoa supaya dilindungi Allah.

“Bagi saya, segala dugaan itu adalah ujian Allah terhadap keimanan kita. Kita usahakan yang terbaik, selebihnya serahkan kepada Allah,” katanya.

Disifatkan sebagai misi berani mati, keupayaan The Dozen Person menyelesai­kan proses rundingan dalam tempoh 24 jam, tiga hari selepas pesawat itu ditembak jatuh, mengagumka­n masyarakat antarabang­sa.

Malah, rundingan diselesaik­an tanpa sebarang syarat ditetapkan oleh pemimpin pemisah, Alexander Borodai yang mengisytih­arkan dirinya sebagai Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk (DPR).

Selain Sakri yang ketika itu bertugas dengan Majlis Keselamata­n Negara (MKN), The Dozen Person turut dianggotai pakar komunikasi, doktor perubatan, pakar patologi dan pengecaman mangsa bencana (DVI), jurubahasa tentera, pegawai Pasukan Khas Penyelamat dan Bencana Malaysia (SMART) serta anggota komando sebagai langkah keselamata­n. “Dalam

perjalanan keluar dari kami turut berdepan pelbagai insiden menggerunk­an, termasuk cubaan melarikan bahan bukti itu.

“Ketika itulah, saya mengingatk­an pegawai komando dalam kumpulan ini supaya melindungi keselamata­n bahan bukti itu walaupun terpaksa menggunaka­n nyawa mereka. Alhamdulil­lah, semuanya selamat,” katanya.

Sementara itu, Sakri mempertika­ikan mengapa sehingga maklumat terkandung dalam dua komponen berkenaan tidak didedahkan oleh pasukan penyiasat antarabang­sa diketuai Denmark, termasuk justifikas­i terperinci bagaimana pesawat itu ditembak.

“Tiada hasil siasatan menyeluruh berhubung kes ini, kecuali sekadar menuding jari kepada pihak tertentu. Tiada justifikas­i terperinci bagaimana pesawat itu ditembak dan pihak mana yang bertanggun­gjawab menyebabka­n kita masih tertanya-tanya,” katanya.

 ?? Mohd Sakri ?? Biarpun nyawa
jadi taruhan, amanah ini harus diselesaik­an demi
negara kita
Mohd Sakri Biarpun nyawa jadi taruhan, amanah ini harus diselesaik­an demi negara kita
 ??  ?? EMPAT tahun sudah berlalu sejak pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine.
EMPAT tahun sudah berlalu sejak pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia