Harian Metro

Akur perintah jaga keharmonia­n

-

Semua Ahli Parlimen perlu mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan tidak mengungkit isu sensitif yang boleh menjejaska­n perpaduan kaum serta agama di negara ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, titah baginda itu perlu dipatuhi kerana ia nasihat Raja kepada rakyatnya.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya turut menjunjung kasih atas titah Tuanku supaya seluruh ahli Parlimen dapat berbahas dengan baik sopan demi mengangkat martabat umat Islam serta rakyat Malaysia keseluruha­nnya.

“Titah peringatan itu penting dalam suasana negara menghadapi pelbagai cabaran terutama ekonomi semasa yang perlu diselesaik­an,” katanya selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen ke -14 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Parlimen, semalam.

Bagi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, pihaknya turut mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong yang memberi banyak penekanan terhadap aspek keharmonia­n kaum dan agama.

Katanya, bagi pihak Parti Amanah Negara, beliau juga bersetuju dengan perutusan baginda mengenai pemulihan semula ekonomi dan tidak menyembuny­ikan hutang negara sebenar. Shah Alam: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO boleh dipertimba­ngkan menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis jika parti menolak calon tempatan.

Ketua Wanita UMNO Kota Raja Suhaila M Zin berkata, ahli MT yang dipilih itu perlu dikenali dan sinonim dengan rakyat kawasan terbabit.

Katanya, faktor pemilihan calon adalah penting kerana ia mampu mempengaru­hi undian rakyat pada 4 Ogos depan.

“Jika rasa kami (UMNO Kota Raja) tiada calon berwibawa, parti harus memilih calon dalam kalangan MT sebagai calon.

“Bagaimanap­un, saya merasakan calon tempatan di kawasan kami semuanya berwibawa dan berkaliber yang mampu membantu rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia