Harian Metro

Angka terkini Tabung Harapan RM23 bilion

- Mohd Husni Mohd Noor mhusni@nstp.com.my

Kerajaan dijangka dapat ‘memulangka­n’ semula sebanyak RM23 bilion kepada rakyat setahun menerusi pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang akan mula dilaksanak­an pada 1 September ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, sistem cukai SST tidak mungkin membebanka­n rakyat kerana jumlah kutipannya hanya dianggarka­n RM21 bilion setahun berbanding angggaran kutipan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) bernilai RM44 bilion berdasarka­n sasaran kerajaan terdahulu.

“Jika dibandingk­an dengan hasil kutipan GST, kerajaan akan dapat ‘memulangka­n’ RM23 bilion kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, beliau mahu UMNO dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak cuba mengeliruk­an rakyat dengan mendakwa sistem cukai SST membebanka­n rakyat berbanding GST.

“UMNO dan Datuk Seri Najib perlu menjelaska­n bagaimana SST membebanka­n Kuala Lumpur: Sebanyak RM153 juta berjaya dikumpul setakat jam 3 petang kelmarin oleh Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan). Jumlah sumbangan berkenaan diumumkan melalui laman Facebook rasmi Kementeria­n Kewangan.

 Pelaksanaa­n SST bermula September mampu pulih kembali ekonomi negara

rakyat berbanding GST.

“Ini (kenyataan) adalah tidak benar dan amat mengeliruk­an kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya menambah peratusan cukai jualan dan cukai perkhidmat­an

“Kenyataan palsu yang disebarkan oleh UMNO bahawa sistem cukai SST adalah lebih membebanka­n rakyat berbanding sistem cukai GST adalah tidak masuk akal sama sekali,” katanya.

Guan Eng berkata, UMNO tidak seharusnya mengeliruk­an rakyat dengan kenyataan bahawa kos sara hidup akan lebih membebanka­n sekiranya SST dikekalkan.

Menurutnya, cukai jualan pada kadar lima peratus dan 10 peratus dikenakan terhadap produk dikilangka­n dan produk diimport yang tertentu dan bukan ke atas semua produk yang sudah diproses seperti yang diamalkan dalam sistem cukai GST.

“Selain itu, cukai perkhidmat­an pada kadar enam peratus pula dikenakan ke atas perkhidmat­an yang tertentu sahaja dan bukan semua jenis perkhidmat­an, seperti yang diamalkan dalam sistem cukai GST.

“Dalam pada itu, cukai jualan dikenakan terhadap harga kilang dan harga import manakala GST dikenakan kepada harga peringkat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia