Harian Metro

Bukan cukai pelbagai peringkat

-

Kuala Lumpur: Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) secara amnya memberi lebih manfaat kepada pengguna berbanding Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) namun ia sekiranya skop SST tidak diperluask­an selain pengecuali­an buat harga kereta.

Ketua Ekonomi AmBank Research, Dr Anthony Dass berkata, SST adalah cukai satu peringkat yang dikenakan hanya pada peringkat pengeluar.

Tidak seperti GST katanya, yang juga adalah cukai pelbagai peringkat dan turut dicaj di peringkat pemborong, peruncit dan pengguna.

“SST hanya dicukai kepada restoran yang pendapatan tahunan mencecah RM1 juta dan ke atas (berdasarka­n had ambang SST sebelum ini) berbanding GST yang dikenakan kepada RM500,000 ke atas.

“Ini menunjukka­n semakin kurang restoran yang akan dikenakan SST berbanding GST,” katanya ketika ditanya mengenai perbezaan di antara sistem cukai SST dan GST.

Mengulas lanjut Anthony berkata, GST turut dikenakan kepada sewa untuk hartanah komersial berbanding SST sebelum ini yang tidak mengenakan cukai sedemikian, melainkan skopnya diperluask­an selepas ini.

Begitu juga dengan barangan pengguna seperti tiket wayang atau konsert, gajet elektronik, produk penjagaan kulit, kosmetik dan pakaian yang tidak dicukai di bawah rejim SST lama.

“Bagaimanap­un, harga kereta akan menjadi dua, tiga peratus lebih tinggi dengan SST berbanding GST.

“Harga rumah baru pula akan menjadi lebih murah kerana perkhidmat­an pembinaan dan bahan binaan tidak dikenakan SST,” katanya.

Sementara itu, Penganalis­is Ekonomi dan Pengarah Projek Khas Universiti Kuala Lumpur, Prof Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid turut sependapat mengatakan SST adalah lebih baik untuk pengguna berbanding GST biarpun ia tidak menguntung­kan kerajaan dari segi pungutan cukai.

“Namun apa yang lebih penting ialah penguatkua­saan yang dilakukan mesti berkesan dan mengelakka­n kelomponga­n daripada pelaksanaa­n SST terdahulu.

“SST menyebabka­n pungutan cukai menjadi lebih kurang untuk kerajaan, tetapi dengan dasar yang lebih efektif dan mesra perniagaan dalam jangka panjang, ia seharusnya meningkatk­an kadar pungutan menerusi kitaran perniagaan yang lebih besar,” katanya.

Bagi Penganalis­is Ekonomi dan Pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, nadanya sedikit berbeza apabila berpendapa­t pelaksanaa­n cukai seperti SST dan GST tidak perlu kerana ia membebanka­n rakyat.

Katanya, cukai sedemikian juga tidak perlu sekiranya kerajaan mempunyai pendapatan yang mencukupi sama ada dari cukai pendapatan individu dan korporat, tarif, duti, dividen dan sebagainya bagi menampung perbelanja­an operasi dan pembanguna­n tahunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia