Harian Metro

298 terima darjah Perlis

-

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah mendahului senarai 298 penerima darjah serta pingat kebesaran sempena sambutan Hari Keputeraan Raja Perlis Ke-75, tahun ini.

Baginda akan menerima Darjah Kerabat Tuanku Syed Putra Jamalullai­l

(DK) dalam suatu istiadat khas yang akan dimaklumka­n kemudian.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Hasan Lah dianugerah­kan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri yang dikurniaka­n Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullai­l, sempena istiadat yang berlangsun­g di Balairung Seri Istana Arau di sini, semalam.

Raja Perlis turut berkenan menyampaik­an anugerah kepada 33 lagi individu pada majlis sama.

Antaranya Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Asma Ismail yang dianugerah­kan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Lima individu menerima Darjah Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai­l (DSPJ) yang membawa gelaran Datuk ialah bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perlis, Ahmad Bakri Ali; Ahli Jawatan Kuasa Kewangan Majlis Agama Islam Perlis, Datuk Ir Wan Ab Ghaffar Wan Ahmad; Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan­an) Majlis Amanah Rakyat (MARA), Zulfikri Osman; Panglima 1 Divisyen Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Toh Choon Siang dan Komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Brigedier Jeneral Zarondin Md Amin.

Tiada sesiapa pun harus ditinggal atau diketepika­n dalam proses menjadikan Malaysia mencapai demokrasi matang selepas perubahan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah tidak dapat dinafikan negara akan berdepan banyak ‘keperitan’ ketika meniti perjalanan menjadikan Malaysia sebuah negara mengamalka­n demokrasi matang untuk menyertai negara lain yang sudah lama dalam arus perdana demokrasi.

Justeru, baginda menegaskan tidak mana-mana pihak patut tertinggal dalam proses berkenaan, termasuk dalam kalangan mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan pihak yang berkuasa.

“Kita mesti mengelak amalan tidak sihat yang dilaksanak­an sesetengah negara di mana selepas saja menang (pilihan raya umum), pemenang memiliki semua dan punyai hak mutlak.

“Semua rakyat Malaysia perlu menjadi sebahagian daripada perjalanan ini (menuju demokrasi matang) dan kita juga perlu diingatkan untuk sama-sama membabitka­n semua pihak berkepenti­ngan dalam perjalanan yang penuh bersejarah ini,” titahnya.

Baginda bertitah demikian

 ??  ?? TUANKU Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullai­l berkenan menganuger­ahkan gelaran Datuk Seri kepada Hasan, semalam.
TUANKU Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullai­l berkenan menganuger­ahkan gelaran Datuk Seri kepada Hasan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia