Harian Metro

Bersama meniti demokrasi matang

-

 Sultan Nazrin tidak mahu sesiapa tertinggal

ketika menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Persidanga­n Dunia Pemikiran dan Tamadun Islam ke-5 2018 (WCIT 2018) di Pusat Konvensyen Aman Jaya di sini, semalam.

Turut berangkat, Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnai­n Sultan Idris Shah.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Sains, Alam sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan negeri, Dr Abdul Aziz Bari yang mewakili Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Sultan Nazrin bertitah, Malaysia baru saja selesai menyaksika­n perjalanan PRU-14 dua bulan lalu di mana rakyat dan pengundi membawa perubahan politik yang cukup besar dan tidak pernah berlaku sebelum ini melalui kotak undi.

“Dari detik ini secara relatifnya ia sejarah baru negara, Saya harap rakyat Malaysia dapat merasakan mereka berkuasa menentukan dan mempengaru­hi masa depan negara.

“Seperti yang saya pernah katakan lebih sedekad lalu, rakyat Malaysia daripada semua kaum, agama dan lokasi geografi perlu percaya di luar bayang keraguan, mereka masih tetap mempunyai tempat di Malaysia.

“Perkara itu nanti memerlukan kepada apa yang diperkatak­an oleh ulama iaitu tajdid (pembaharua­n) dan islah (reformasi) untuk memberikan nafas baru bagi meremajaka­n institusi kita dan jika perlu untuk memperbaik­inya,” titah baginda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia