Harian Metro

Tidak sanggup lihat ayah diperlekeh

-

Port Dickson: “Saya akan terus mencari ilmu untuk menjadi yang terbaik dan mengubah nasib keluarga,” kata Mohammad Amirul Arsyad Azman, 22, penerima Anugerah Pengarah sempena Majlis Konvokesye­n Politeknik Port Dickson (PPD) di sini, semalam.

Mohammad Amirul yang menerima Anugerah Pengarah Sesi Disember 2017 itu adalah antara 1,469 graduan yang menerima sijil dan diploma dalam sidang pertama konvokesye­n terbabit.

Majlis berkenaan disempurna­kan Undang Luak Sungei Ujung, Datuk Mubarak Dohak.

Hadir sama, Pengarah PPD, Roslee Yahya.

Graduan Diploma Seni Bina itu berkata, bapanya, Azman Hamid, 52, sering berpesan belajar bersungguh-sungguh supaya masa depan lebih baik berbanding dirinya yang bekerja sebagai operator kilang.

Katanya, keadaan keluarga membuatkan dirinya ingin membuktika­n orang yang tidak mempunyai pendidikan tinggi boleh mendidik anak mereka sehingga berjaya.

“Saya tidak sanggup melihat ayah seperti diperlekeh atau dipandang rendah hanya kerana taraf pendidikan­nya.

“Perkara itu menjadi kekuatan dan pemangkin untuk saya terus menimba ilmu seterusnya mencapai kejayaan,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Mohammad Amirul yang berasal dari Sekinchan, Selangor berkata, pada April lalu dia sudah mendapat tawaran kerja daripada Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) sebagai penolongpP­egawai seni bina.

“Saya akan mula bekerja pada minggu depan namun lokasinya belum ditentukan lagi.

“Selepas mempunyai pengalaman kerja saya akan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan belajar secara pengajian jarak jauh (PJJ),” katanya.

Seorang lagi graduan, Muhammad Fahruddin Zainuddin, 28, yang menerima Anugerah Kecemerlan­gan Akademik dan Kokurikulu­m berkata, dia pelajar paling tua berbanding rakan kuliah lain.

 ??  ?? MOHAMMAD
Amirul (kiri) memakaikan jubah kepada ayahnya,
Azman.
MOHAMMAD Amirul (kiri) memakaikan jubah kepada ayahnya, Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia