Harian Metro

Malaikat turut doakan orang Islam

-

Di dalam al-Quran ada menyatakan, setiap hari ada gemuruh malaikat pemikul Arasy serta malaikat lain disebabkan doa dan zikir malaikat memuji kebesaran Allah SWT.

Selain itu, malaikat juga turut berdoa untuk orang Islam.

Doa dan zikir itulah yang didengar Nabi Muhammad SAW sebelum Baginda melihat malaikat Jibril di Sidratul Muntaha iaitu tempat paling tinggi di langit ketujuh.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekeliling­nya bertasbih memuji Tuhan-Nya dan beriman kepada-Nya serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): “Wahai Tuhan kami! Rahmat-Mu dan Ilmu-Mu meliputi segalagala­nya, maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalan-Mu dan peliharala­h mereka daripada azab neraka.

“Wahai Tuhan kami!

Dan masukkanla­h mereka ke dalam Syurga ‘Adn’ yang Engkau janjikan kepada mereka dan (masukkanla­h bersama-sama mereka) orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta keturunan mereka. Sesungguhn­ya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Mukmin, ayat 7-8)

Menerusi doa malaikat itu menyatakan dua perkara iaitu:

Di bumi ini ada orang yang selalu didoakan oleh malaikat.

Orang yang beramal soleh akan didoakan oleh seluruh malaikat supaya dia dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama seluruh ahli keluarga iaitu ibu bapa, isteri, anak-anak serta cucunya.

Setiap manusia lahir dalam keadaan fitrah. Dalam hidup ini, kita akan diuji dengan hawa nafsu lalu meninggalk­an fitrah yang bersifat suci itu.

Fitrah itulah yang akan membisikka­n sifat kebaikan. Melalui fitrah juga hati manusia mudah tersentuh mendengar bacaan al-Quran dan mendapat khusyuk dalam solat.

Golongan yang sedar daripada kekeliruan akan kembali semula kepada fitrahnya dan menjadi manusia yang bahagia.

Mereka yang didoakan malaikat sebenarnya bukannya tidak pernah melakukan kesalahan tetapi mereka akan bangkit dan sedar kesalahan yang dilakukan dan sentiasa berusaha untuk memperbaik­inya.

Barangkali ada yang memikirkan bukankah di akhirat kelak kita semua akan terpisah daripada ibu bapa, isteri, anak-anak serta saudara?

Tidak mungkin Allah SWT akan menghimpun­kan semula seseorang bersama ahli keluargany­a di dalam Syurga Adn sedangkan darjat amalan masing-masing berbeza.

Bagaimanap­un, dalam Surah az-Zukhruf, ayat 69-70 menyatakan persahabat­an yang terjalin dan ikatan kekeluarga­an yang dibina di dunia ini akan bertaut semula sekiranya mereka bertakwa dan yakin terhadap Allah SWT.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayatayat keterangan Kami serta mereka menjadi orangorang Islam yang taat patuh, menyatakan, pada hari kiamat nanti sahabat menjadi musuh kecuali orang yang bertakwa.

(Mereka diberi sebaikbaik balasan dengan dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke dalam syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraa­n dan kesenangan.”

Thabrani dan Ibnu Mardawaih meriwayatk­an, Abdullah bin Abbas meriwayatk­an, Nabi Muhammad SAW berkata: “Ketika seseorang masuk ke syurga, dia bertanya perihal ibu bapa, isteri dan anak-anaknya.

Allah berkata kepadanya, ‘Mereka tidak mencapai darjat amalanmu.’ Lalu dia menjawab, ‘Wahai Tuhanku, aku beramal untuk diriku dan juga diri mereka.’

Selepas itu, Allah SWT memerintah­kan malaikat supaya turut menghantar keluargany­a ke syurga itu.”

Abdullah bin Abbas kemudian membaca ayat 21, Surah at-Tur yang bermaksud: “Dan orangorang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunann­ya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunann­ya itu dengan mereka (di dalam syurga) dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun daripada pahala amalamal mereka, tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakan­nya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia