Harian Metro

Kuasai ilmu, kemahiran tinggi

- Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, UKM

Dalam usaha ke arah penguasaan ilmu seseorang perlu rajin, minat dan tekun untuk mendapatka­n ilmu pengetahua­n yang dipelajari. Ilmu bukan hanya dipelajari di sekolah, malah boleh dipelajari melalui pembacaan, kursus, seminar dan pelbagai usaha yang menjurus kepada keilmuan dan kemahiran dalam apa juga bidang kehidupan.

Apa juga bidang membabitka­n pelajaran, pekerjaan dan kehidupan dalam dunia ini memerlukan ilmu. Melalui ilmu kita akan mudah melaksanak­an sesuatu kerja dengan baik, betul dan berkesan. Lantaran itu, ilmu yang disertai dengan kemahiran tinggi akan mempercepa­tkan proses kejayaan dalam kehidupan.

Sebagai contoh, memasak dan berniaga juga memerlukan ilmu serta kemahiran. Banyak peniaga yang berniaga di pasar tidak menguasai ilmu mengenai perniagaan dan kemahiran memasak. Ada kalangan peniaga apabila orang lain berniaga, dia juga berniaga tetapi tanpa ilmu yang akhirnya menyebabka­n makanan yang dijual tidak sedap dan tidak laku.

Perniagaan tanpa ilmu akhirnya menyebabka­n kerugian dan banyak makanan yang dijual terpaksa dibawa pulang. Ilmu memasak sama ada nasi, kuih-muih dan sebagainya perlukan ilmu serta kemahiran supaya makanan yang dijual sentiasa laku dan mendapat sambutan.

Manakala dalam bidang pekerjaan juga perlukan ilmu dan kemahiran tinggi. Pekerjaan pada masa kini lebih kepada penguasaan teknologi digital yang tinggi. Begitu juga dengan penggunaan media baru dan media sosial. Bagi mereka yang berilmu akan menggunaka­nnya ke arah kebaikan dan kebajikan.

Kini dalam pendidikan teknik dan vokasional mereka yang belajar dalam jurusan ini akan memperoleh ilmu serta kemahiran yang dipelajari bagi memastikan hasil keluaran berkualiti dan memenuhi falsafah pendidikan negara serta kehendak orang ramai dan juga pelanggan yang melanggan barangan daripada mereka.

Melalui ilmu dan kemahiran juga kita dapat menghadapi arus perubahan semasa dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Begitu juga dalam bidang ekonomi dan perniagaan yang begitu cepat berubah mengikut kehendak serta permintaan pelanggan.

Jika ditinjau di peringkat paling asas di sekolah rendah dan menengah, murid perlu menguasai sepenuhnya menguasai literasi serta numerasi dan juga pelbagai ilmu pengetahua­n, selain mata pelajaran yang dipelajari iaitu seperti bidang lain seperti seni, muzik, drama dan sukan ia juga akan memperkuku­hkan kemahiran lain seperti kemahiran berfikir, memimpin dan dwibahasa atau lebih.

Apabila meningkat dewasa di universiti, mereka boleh memilih bidang ilmu dan kemahiran yang mereka minati untuk mendalamin­ya dengan lebih meluas serta berkesan. Bidang ilmu dan kemahiran ini akan menjurus kepada bidang pekerjaan yang akan mereka ceburi pada masa akan datang.

Usaha ini akan mewujudkan generasi muda dan modal insan yang mencapai potensi sepenuhnya dalam pekerjaan iaitu kemahiran memimpin iaitu bekerja dalam satu pasukan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepemimpin­an merangkumi empat dimensi iaitu keusahawan­an, berdaya tahan, kecerdasan emosi dan kemahiran berkomunik­asi secara berkesan.

Oleh sebab itu, gabungan ilmu pengetahua­n yang tinggi dengan kemahiran tinggi dalam apa juga bidang akan memacu kejayaan kepada seseorang individu dan juga sebagai ahli masyarakat bagi memacu negara maju.

Justeru, ilmu pengetahua­n tujuannya untuk memajukan manusia dalam bidang yang diceburi. Ilmu juga tujuan utamanya untuk mencapai kebenaran dan kejayaan dalam kehidupan serta hendaklah disertai dengan amal dan perlu saling menyampaik­an supaya ia semakin bertambah.

Memetik pandangan Imam Abu Hanifah yang mengatakan bahawa orang yang mendapat ilmu pengetahua­n hanya bagi kebaikan dunia saja, ilmu pengetahua­nnya itu tidaklah berakar di hatinya. Tidak seorangpun menderita kerugian lebih besar selain mereka yang ilmunya tidak dapat mencegah dia daripada meyerahkan diri pada jepitan.

Oleh itu, belajarlah mencari ilmu sepanjang hayat bagi manfaat diri sendiri, kaum keluarga, masyarakat dan juga negara. Semoga ilmu yang kita pelajari ini dapat disebarkan dan digunakan oleh orang lain kearah kebaikan dan kebajikan.

Nabi SAW bersabda: “Kebaikan itu banyak, tetapi pengamalny­a (yang melaksanak­annya) sedikit.” (HR Abu Hanifah)

Justeru, kajian JobStreet mendapati pasaran pekerjaan kekal positif menjelang akhir 2018. Lebih banyak peluang pekerjaan dalam bidang Teknologi

Maklumat, pusat panggilan, makanan dan minuman, pendidikan, perkilanga­n dan pembuatan. Tetapi apa yang penting generasi muda pada masa kini dan akan datang mestilah mempersiap­kan diri dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran tinggi bagi mengisi pasaran pekerjaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia