Harian Metro

Sah milik Achey, Hasanah

- DARI MUKA 25

Demi Tiara juga, Achey melalui prosedur proses pengambila­n anak angkatnya itu secara sah dari segi undang-undang.

Tegas Achey, proses itu tidak semudah disangka namun lega apabila Tiara kini menjadi miliknya dan isteri tercinta.

“Selepas membuat pendaftara­n di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) Tiara sah menjadi milik kami.

“Walaupun prosesnya sedikit rumit, saya dapat menyelesai­kan hal ini demi masa depan Tiara. Memandangk­an kami tidak pernah berdaftar dengan JKM untuk proses ambil anak angkat jadi prosesnya ‘renyah’ sikit.

“Namun, saya kena selesaikan juga pendaftara­n sijil kelahirann­ya dan perakuan Tiara sebagai anak angat agar tidak ada masalah berbangkit kemudian hari,” katanya.

Dalam pada itu, Achey memberitah­u isterinya, Nor Hasanah Yahaya dalam proses menjadi ibu susuan kepada anak mereka yang kini hampir berusia dua bulan.

Mereka sepakat melakukan proses itu dalam menjadikan

Nur Tiara sebagai mahram selain mengelakka­n isu lain pada masa akan datang.

“Alhamdulil­lah, selepas mendapat pandangan daripada keluarga dan ahli agama kami sepakat untuk jadikan dia anak susuan agar tak timbul soal mahram apabila dia dewasa kelak.

“Sekarang, masih dalam proses dan alhamdulil­lah Allah permudahka­n proses untuk isteri saya,” katanya.

Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu, jam 8.05 malam dan diambil Achey serta isteri sebagai anak angkat pada 6 Ramadan.

Sementara itu, Hasanah memuji Achey yang ringan tulang membantuny­a menguruska­n Tiara.

“Kalau Tiara terjaga malam, Achey akan bangun untuk tukar lampin, buat susu dan kerap bercerita dengannya.

“Ketika itu saya ambil peluang untuk berehat pula,” katanya. -Georgie Joseph

 ??  ?? ACHEY akui Tiara besar maknanya.
ACHEY akui Tiara besar maknanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia