Harian Metro

Pamer lebih 100 lakaran asal

- DARI MUKA N31

Keith berkata, pameran itu sebagai menghargai jasa peminatnya yang tidak pernah jemu memberi sokongan sejak 2003 hingga kini.

“Pameran ini bertemakan Lawak

Tanpa Henti bagi memberi peluang kepada pengunjung melihat lapan karya diinspiras­ikan daripada lukisan artis terkenal dunia.

“Lebih 100 lakaran asal Lawak Kampus dipamerkan yang pengunjung boleh melihat lebih dekat bentuk lakaran asal sebelum diterbitka­n menjadi komik,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, hampir semua lukisan dan lakaran itu dibuka untuk jualan serendah RM200.

Katanya, sesuatu menarik menanti pengunjung kerana mereka berpeluang menyaksika­n diorama kelas Lawak Kampus 3D buat pertama kalinya didedahkan kepada peminat, sudut meja kerja beliau, tayangan istimewa, karakter dalam komik dan Gerai LK yang mengandung­i pelbagai barangan terhad untuk pengunjung mengambil gambar sebagai kenangan.

“Lawak Kampus mempunyai purata pembaca sekitar

150,000 bagi setiap jilid dan menunjukka­n peningkata­n luar biasa.

“Hingga kini, Lawak Kampus mempunyai 32 jilid komik dalam bahasa Melayu dan turut diterbitka­n dalam bahasa Cina,”katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah Balai Seni Negara Prof Datuk Dr

Diorama kelas Lawak Kampus 3D buat pertama kali didedahkan kepada peminat

 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia