Harian Metro

SERBU KARAKTER ANIMASI

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Ribuan peminat budaya pop membanjiri Pusat Konvensyen Sunway Pyramid untuk menghadiri Asia Comic Con (ACC)

2018 yang julung kalinya diadakan di negara ini selepas Thailand tahun lalu.

Program yang berlangsun­g selama tiga hari bermulai 13 Julai lalu itu diadakan khusus untuk peminat meneroka zon unik seperti filem, komik, animasi, permainan video, rancangan bersiri dan cosplay.

Ia peluang keemasan kepada peminat menyaksika­n budaya pop terkenal dari serata dunia di bawah satu bumbung selain bertemu watak kegemaran mereka.

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan pengunjung ialah sesi bergambar bersama prop bersaiz besar dan model daripada filem The Dark Knight.

Ini kerana mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan watak kegemaran selain melihat Tumbler dan Batpod iaitu kenderaan Batman The Dark Knight yang diminati ramai.

Karakter lain yang turut membuat kemunculan termasuk Predator, Ninja dan turut tidak ketinggala­n kerusi legenda daripada X-Men, Magneto Chair.

Artis animasi lagenda dari Jepun, Nobuo Yamada (animasi Super Sentai dan Saint Seya) dan

Chie Nakamaru (kartun Doremon) membuat penampilan khas di ACC 2018.

Pengerusi dan

Pengarah Syarikat,

1 Hub Advertisin­g Tan

Mong Chon berkata, beliau gembira kerana program besar itu dapat diadakan di negara ini seperti yang dirancang.

“Budaya pop di negara ini semakin berkembang dan jumlah peminatnya juga kian meningkat.

“ACC ini mempunyai keunikan tersendiri dan menghimpun peminat budaya pop dari serata negara,” katanya.

Katanya, peminat pastinya teruja menyaksika­n sendiri koleksi terhad, ‘memorabili­a’ dan pameran unik daripada filem

Marvel, DC serta Star Wars.

Jelasnya, gabungan aktiviti dan penampilan khas oleh selebriti terkenal akan memberikan pengalaman menakjubka­n kepada peminat.

 ??  ?? TAN (tengah) melancarka­n Asia Comic Con (ACC) 2018 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.
TAN (tengah) melancarka­n Asia Comic Con (ACC) 2018 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.
 ??  ?? TUMBLER kenderaan Batman The Dark Knight turut dipamerkan.
TUMBLER kenderaan Batman The Dark Knight turut dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia