Harian Metro

PUSAT PEMBELAJAR­AN URUS EKOSISTEM GAMBUT

-

Masyarakat diberikan pendedahan untuk memahami sistem hutan paya gambut yang rumit dan kepentinga­n melindungi tanah gambut bagi mengurangk­an kesan perubahan iklim serta melindungi biodiversi­ti negara tidak ternilai itu.

Usaha itu menerusi penubuhan ‘Community Sustainabl­e Peatland Centre’ (CoSPEC) di Kampung

Raja Musa, Kuala Selangor berhampira­n Hutan Simpan Raja Musa.

CoSPEC adalah pusat pembelajar­an dan perkongsia­n bersepadu untuk komuniti tempatan untuk mempelajar­i berkenaan pengurusan mampan ekosistem gambut yang dirasmikan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Datuk Dr Mohd Puat Dahalan, barubaru ini.

Dr Mohd Puat berkata, penubuhan pusat itu untuk menyokong usaha Kerajaan Selangor dalam usaha mengatasi perubahan iklim dan meningkatk­an kelestaria­n biodiversi­ti, berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam usaha memulih serta memelihara hutan paya gambut.

“Ini termasuk pengurusan hutan melalui program kesedaran seperti pembabitan komuniti tempatan untuk mencegah kebakaran hutan dan pengurusan hidrologi berdekatan hutan simpan, pemulihara­an hidupan liar serta penanaman pokok.

“Penubuhan pusat ini tidak mungkin berjaya tanpa sokongan HSBC

Bank Malaysia Berhad dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC) yang komited dalam menyokong Kerajaan Selangor, JPNS bagi program Pemulihan Hutan Raja

Musa dan Pelan Pengurusan Bersepadu untuk Hutan Paya Gambut Utara Selangor 2014 hingga 2023,” katanya kepada Nuansa.

Sementara itu, Pengarah GEC Faizal Parish berkata, penubuhan pusat terbabit sebagai tanda sokongan kepada perkembang­an dasar dan amalan baik untuk pemulihara­an dan perlindung­an gambut sepanjang tempoh akan datang.

Katanya, di bawah pentadbira­n GEC, GEC-CoSPeC akan menumpukan perhatian dalam mengenal pasti isu dan keutamaan untuk memulihara, melindungi dan memulihkan Hutan Paya Gambut Selangor Utara (HPGSU).

“Kami juga menggalak dan meningkatk­an kesedaran dan memahami kepentinga­n pengurusan ekosistem gambut yang mampan dan menyokong mata pencarian komuniti luar bandar serta mencegah kebakaran.

“Matlamat pusat ini termasuk memperkasa­kan Sahabat Hutan Paya

Gambut Selangor Utara sebagai mekanisme yang mempunyai impak tinggi dalam penyertaan komuniti untuk memulihara sumber semula jadi di HPGSU dan mempromosi­kan ekopelanco­ngan sebagai sumber alternatif kehidupan,” katanya.

Sejak bermulanya program Pemulihan Hutan Raja Musa pada 2008, sebanyak 116,000 pokok ditanam dalam kawasan seluas 194 hektar membabitka­n 22,000 sukarelawa­n di Hutan Simpan Raja Musa dengan kerjasama GEC dan JPNS.

 ??  ?? ANTARA yang hadir pada perasmian CoSPEC.
ANTARA yang hadir pada perasmian CoSPEC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia