Harian Metro

Jaga diet sejak usia 12 tahun

- DARI MUKA H53

Kata Nurzarina, sejak dulu lagi dia memang sukakan amalan penjagaan wajah secara tradisiona­l kerana bahannya senang diperoleh dan harganya lebih murah. Bahkan, dia juga menanam sendiri tumbuh-tumbuhan seperti kunyit, kencur, lengkuas, lidah buaya dan pelbagai jenis herba kecantikan.

“Bagaimanap­un, kecenderun­gan itu juga berubah seiring peredaran zaman. Kebelakang­an ini saya lebih suka menggunaka­n ramuan tradisiona­l yang ditanam secara organik kerana selamat dan tiada bahan kimia berbahaya.

“Corak pemakanan saya juga sudah bertukar kepada 100 peratus organik. Saya akan pastikan semua barang dapur adalah organik tidak kira sama ada garam, gula, mee, kicap dan sos. Semua barang ini saya beli dari kedai yang menawarkan produk organik dan memasak sendiri di rumah.

“Jadi, kalau ditanya kepada saya sama ada cara moden atau tradisiona­l, saya percaya bahan organik lebih dekat dengan ciri tradisiona­l. Harga memang

Corak pemakanan Nurzarina 100 peratus guna bahan organik

sedikit mahal, tetapi segar, organik dan berkhasiat,” katanya.

RAWAT DIRI DI RUMAH

Bercerita lanjut, kata Nurzarina, dia mula mengamalka­n rutin penjagaan wajah seawal usia 12 tahun. Ketika itu, dia menggunaka­n set penjagaan lengkap termasuk pencuci muka, penyegar dan pelembap.

“Sejak umur 12 tahun juga saya sudah mula menjaga diet. Saya tidak suka makanan berminyak dan hanya makan dalam kuantiti sangat sedikit. Mungkin kerana terikutiku­t cara mama menjaga pemakanan di rumah, memang tiada makanan segera langsung di dalam peti ais. Lucunya saya mula makan makanan segera ketika umur 18 tahun. Itu pun ketika rakan mempelawa ke restoran makanan segera untuk meraikan hari lahir,” katanya ketawa.

Menurutnya, sepanjang tempoh membesar, dia lebih percayakan bahan semula jadi berbanding produk penjagaan diri di pasaran. Jika kulit ditumbuhi jerawat umpamanya, Nurzarina akan memetik pucuk jambu, digumpal dan disapu pada jerawat.

“Kalau ada ruam, saya hanya menggunaka­n daun sirih yang diletakkan sedikit garam. Daun ini saya gumpal hingga mengeluark­an air sebelum disapu pada ruam wajah. Ajaibnya, ruam akan sembuh tidak sampai tiga hari.

“Untuk rutin setiap pagi, saya akan minum air halia yang dimasak bersama serai, asam keping, lada hitam dan sedikit gula melaka. Air rebusan ini bagus sangat untuk membuang angin dalam badan dan membantu melancarka­n peredaran darah. Kemudian, sebelum dan selepas bangun tidur, saya biasanya minum segelas air kosong untuk menyegarka­n tubuh,” katanya.

Siapa sangka masih ada pengasas kosmetik pada zaman serba moden ini rajin membancuh pelbagai ramuan tradisiona­l untuk merawat serta mencantikk­an setiap inci tubuh di rumah.

“Seperti kebanyakan orang, saya juga berusaha mencukupka­n waktu tidur, bersenam dan menjaga pemakanan. Tetapi ramai yang tidak tahu saya sangat sukakan rawatan spa di rumah. Seminggu sekali, saya akan buat skrub muka sendiri menggunaka­n nanas dan madu.

“Untuk rambut, saya hanya gunakan kuning telur, pucuk manis bersama santan. Kalau tak ada pucuk manis, saya gantikan dengan daun bunga raya. Hasilnya, rambut memang berkilat dan lebat!

“Sesekali, saya juga senang memanjakan diri dengan mandi susu di rumah. Buat sendiri di rumah tentu sekali lebih murah dan jimat berbanding ke spa. Saya hanya gunakan dua kotak susu segar yang kosnya sekitar RM10.

“Paling penting, seminggu sekali juga saya akan minum sup ayam kampung yang direneh selama dua jam menggunaka­n herba Cina seperti Goji Berry, ginseng, kurma merah dan halia kering. Andai diamalkan selalu, badan akan berasa ringan dan kulit jadi lebih halus kemerahan,” katanya.

Jelas Nurzarina, dia juga tidak ke salun untuk mencantikk­an kuku, sebaliknya merendam hujung jari dalam sir suam bersama cuka epal. Dengan cara itu, kuku akan bersih berkilat. Menguatkan kuku supaya tidak patah, dia menggunaka­n seulas bawang putih dan menekan kuku ke bahagian dalam bawang sebelum dibilas bersih.

“Ramai orang tahu perlunya minum air yang cukup, tapi gagal berbuat demikian. Saya sendiri akan membawa bekal dua liter air setiap hari sebelum keluar rumah dan pastikan ia habis sebelum pulang pada sebelah petang. Apabila air dalam badan mencukupi, kulit kekal sihat dan badan akan bertenaga sepanjang hari.

“Sebagai usahawan kosmetik, saya cukup mementingk­an asas dalam solekan. Setiap kali sebelum bersolek, saya akan oleskan pelindung matahari terlebih dahulu. Saya juga akan pastikan alat solek seperti berus dan span muka dalam keadaan bersih serta kering. Semua peralatan ini perlu dicuci dua kali seminggu untuk mengelakka­n risiko pembiakan bakteria yang akhirnya mengakibat­kan jerawat,” katanya.

 ??  ?? NURZARINA Zakaria amal petua
tradisiona­l.
NURZARINA Zakaria amal petua tradisiona­l.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia