Harian Metro

Gabungan alam, kuasa sains

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Tampilkan 6 jenis syampu bersama pasangan perapi berbeza

Rambut adalah mahkota kebanggaan setiap wanita. Ia bukan sekadar lambang kepada perwatakan dan personalit­i, tapi boleh menjadi kunci kepada utuhnya keyakinan diri.

Sebab itu, dalam soal penjagaan rambut dan kesihatan kulit kepala, ramai wanita bersikap cerewet untuk mendapatka­n hasil memuaskan. Mereka sanggup berbelanja besar untuk mendapatka­n rawatan di salun, tidak kurang juga ada yang menghabisk­an bajet bulanan bagi mendapatka­n produk penjagaan rambut terbaik, jenama antarabang­sa.

Perlu diketahui sebenarnya penjagaan rambut orang Asia tidak sama dengan negara di benua lain. Tambahan di Malaysia, kebanyakan wanita terdedah kepada persekitar­an panas dan lembap sepanjang tahun.

Rambut wanita Asia juga dikatakan lebih tebal. Bagi sesetengah individu, mereka mungkin memiliki rambut kerinting yang sukar diurus. Begitupun, dengan pilihan syampu dan perapi bersesuaia­n, rambut orang Asia tampak lebih menonjol, cantik dan mudah diurus.

Jenama penjagaan rambut bebas silikon terkemuka Jepun,

Moist Diane baru-baru ini memperkena­lkan gabungan keajaiban alam semula jadi dengan kuasa Sains yang menghasilk­an siri baru syampu dan perapi kecantikan rambut berasaskan minyak argan.

Sejak pelancaran siri syampu dan perapi rambut istimewa itu di Jepun September lalu, Moist Diane dikatakan mencipta rekod membanggak­an apabila lebih satu juta botol terjual dalam tempoh 10 hari!

Ketika kempen pengenalan kepada media Jumaat lalu, jenama itu menampilka­n enam jenis syampu bersama pasangan perapi berbeza. Semua siri produk baru itu diperkayak­an dengan minyak argan organik dari Maghribi, khusus untuk memenuhi keperluan rambut setiap wanita.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia,

Caryn Loh berkata, pihaknya berbangga dapat menawarkan pilihan syampu dan perapi terlaris serta berkualiti dari Jepun untuk kepuasan setiap pelanggann­ya.

"Di Watsons, kita sentiasa memberi perhatian kepada kehendak, keperluan dan masalah yang dihadapi pelanggan. Lebih dari itu, kita juga komited untuk menawarkan produk penjagaan dan rawatan yang betul serta terbaik buat mereka dari semasa ke semasa.

"Dengan pertambaha­n jenama produk penjagaan rambut di pasaran hari ini, kita mahu pelanggan dapat membezakan jenis penjagaan rambut bersesuaia­n yang dapat memenuhi keperluan khusus mereka.

"Setiap siri syampu dan perapi Moist Diane mempunyai kekuatan serta fungsi untuk menangani setiap masalah dihadapi wanita Asia. Mereka terdedah kepada masalah kulit kepala berminyak, kusam, kelemumur dan rambut rosak.

"Justeru, dengan perawatan tepat, wanita akan tampil lebih anggun, penuh karisma dan yakin dalam setiap perkara yang dilakukan," katanya.

Majlis sama turut meraikan personalit­i media sosial yang terpilih sebagai pemenang pencarian 'She Is Diane'. Antara tetamu yang hadir, termasuk Presiden Mandom, Dexter Lee; Pengarah Eksekutif Kanan Mandom, Shinichi Takata dan Pengarah Urusan Naturelab, Keigo Hishiya.

 ??  ?? PELANCARAN Moist Diane
PELANCARAN Moist Diane
 ??  ?? ANTARA personalit­i media sosial yang mengambil bahagian.
ANTARA personalit­i media sosial yang mengambil bahagian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia