Harian Metro

HIJJAZ RANCAK KUTIP RM1j

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Dua dekad memperjuan­gkan irama nasyid, kumpulan Hijjaz menjadi idola ramai pelapis baru.

Dianggotai Isman Nadim Isam, Munif Ahmad, Mohd Faizal Osman dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim, Hijjaz juga naib juara program Gema Gegar Vaganza (GGV), tahun lalu.

Namun, Hijjaz kini dilihat makin rancak membabitka­n diri dalam misi kemanusiaa­n mengumpul dana bantuan bersama badan bukan kerajaan (NGO).

Terkini, Hijjaz berganding bahu dengan Persatuan Simpati Masyarakat (Sympathy) yang baru ditubuhkan.

Ketika ditemui baru-baru ini, Isman berkata Hijjaz dan Sympathy giat mengumpul dana RM1 juta untuk disalurkan ke Gaza, Palestin.

“Oleh itu, saya mewakili Hijjaz meminta pemi- nat kami dan masyarakat prihatin di negara ini untuk sama-sama menghulurk­an sumbangan.

“Dana ini akan digunakan untuk membeli keperluan seperti makanan, perubatan, pendidikan dan apa yang diperlukan di Gaza,” katanya.

Terdahulu, Isman yang mewakili Hijjaz menghadiri majlis sidang media ‘Masihkah Ada Simpati’ bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Quds Foundation Malaysia, Dr Sharif Abu Shammalah dan Pengerusi SYMPATHY, Abdullah Abdul Hamid di Setapak, Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, orang ramai yang inginkan maklumat lanjut mengenai Sympathy boleh menghubung­i talian 03- 7734 6880 atau e-mel kepada sympathyso­ciety@ gmail.com.

Orang ramai juga boleh melawat ke Instagram (IG):@ sympathyso­ciety dan Facebook (FB) di @SYMPATHY.

Jalin kerjasama dengan NGO untuk salur bantuan ke Gaza

Menurut Isman lagi, Hijjaz menggunaka­n populariti yang mereka ada untuk mengajak masyarakat dan syarikat korporat terbabit dalam program itu.

“Bantuan kewangan ini sangat penting kerana golongan kanak-kanak mangsa utama yang menangung keperitan hidup.

“Terus-terang, ketika Hijjaz berpeluang menjalanka­n misi kemanusiaa­n di Syria, Palestin dan kem penempatan pelarian Cox’s Bazar Bangladesh, kami sangat tersentuh.

“Sebak melihat keadaan kanak-kanak yang masih kecil terpaksa berdepan ujian besar dalam hidup,” katanya.

Isman berkata di kem Cox’s Bazar Bangladesh, kira-kira 30,000 kanakkanak pelarian memerlukan ubat cacing.

“Apabila makanan tidak cukup dan persekitar­an kurang bersih, kanak-kanak mudah terdedak kepada penyakit.

“Perut besar, berhingus dan mata berair menunjukka­n mereka ada masalah cacing yang serius serta perlu dirawat,” katanya.

Menurut Isman, setakat ini Hijjaz sudah berjaya mengumpulk­an RM12,000 untuk tujuan membeli ubat cacing.

Berbicara mengenai perkembang­an karier seni, Isman memberitah­u Hijjaz tidak putus menerima tawaran menyanyi.

“Sejak GGV tahun lalu, rezeki Hijjaz semakin murah. Jadual kami boleh dikatakan padat.

“Insya-Allah, tidak lama lagi Hijjaz akan muncul dengan single terbaru berjudul Simpati.

“Single ciptaan saya ini sudah siap melodi dan liriknya. Hanya menunggu masa sesuai untuk dirakam,” katanya.

Isman berkata single Simpati yang menjurus kepada kisah perjuangan dan motivasi diilhamkan ketika kunjungan misi kemanusiaa­n lalu.

 ??  ?? KUMPULAN Hijjaz
KUMPULAN Hijjaz
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia